Friday, November 4, 2011

Jawapan kepada soalan yang ditag! hehe..


Assalamualaikum..hari ni saya ada masa yang agak lapang so dengan senang hatinya nak menjawab soalan tag yang dah ditag oleh member blogger.tenkiu..huhu..(^^,)


Saya jawan soalan tag dari cik munirah yang belom2 dijawab oleh ceq ni..hehe



1.Who is your best friend forever?One only.
Lappy saya.hehe..


2.If you have 5 million cash in your hand,what would you do??
Simpan separuh,bawak parents pi haji.simpan untuk adik2 dan masa depan.

3.What do you think about love?
cinta yang suci


4.What makes you are different with your friends?
err..suka membebel kot.haha

5.Which movies do you like the most?
the cronicals of narnia


6.Had you falled in love before?With who?
yes!with jae hee


7.How many languages do you know?Name it.
hanya bm dan english.bhasa korea coming soon..

8.What is the most important in your life?
my family and friends..


9.Give me 3 things that you love the most?
my family,my lappy and my blog

10.What is your reaction when one boy come to you and he says that he likes you?
jadi blurrrrrr...hahaaahaa..

11.When you feel so stress,what would you do?
pi tidor..pastu,makan..haha



Sekarang soalan dari cik wanie pulok..hehehee...


1. kartun feveret korang dari kecik sampai skrg?
doreamon....huhu

2. bila sedih, korang akan buat apa?
menyendiri sambil layan lagu jiwang.hehe


3. bila marah, korang buat apa?
buat bodoh kat sapa yang dah bagi saya marah.haha


4. adakah first impression terhadap seseorang selalunya betul berbanding sifat sebenar pelaku?
amazing..

5. adakah anda seorang shopaholic?
tak sangat.suka berjimat..hehe..*bajet*

6. 2 words yang terlintas dalam fikiran?
rumah dan makan.haha..


7. 4 impian yang belum tercapai dan ingin dicapai?
-dapat 4 flat setiap sem
-jadi dentist
-bawak parent pi haji
-beli rumah untuk famili
8. 4 sifat lelaki yang anda suka?
-beriman
-jujur
-caring
-romantik

8. 3 habit yang tak boleh nak buang?
-suka tidor
-suka berkira
-marah tetiba..haaha

9. 4 tempat yang korang teringin nak pergi?
-makkah
-pulau jeju
-paris
-melbourne


10. apa yang korang harapkan pada 5 tahun akan datang?
dah habis degree,jadi dentist,balas jasa mak ayah.huhu

11. moment yang takkan pernah korang lupa sampai bila2?
semasa annual dinner 3rd batch maktab dulu.so sweet..




Ok...dah habis menjawab.agak mencabar nak menjawab soalan yang kadang2 terpikir jugak..hhahaaha..tenks sebab sudi tags saya..


p/s: nak packing barang..dah habis final exam,balik kedah laaaaa.....hahahaha...

Thursday, November 3, 2011

Wednesday, November 2, 2011

Hati ni bukan dekat sini dah


I'm coming homeI'm coming hometell the world that i'm coming home!
Serius cakap.memang la ni dok pikiaq pasal rumah.rindu kat famili...hati dok kira hari ni. lebih kureng 3 hari lagi,balik!hahhahaa...dan lepas tu,cuti final bermula.walaupun 2 minggu ja.tak macam U lain.hampir sebulan cuti.cehhhh...tak pa laaa..(--.)
La ni kena habiskan exam yang baki 2 paper lagi ni..focus3!!hehe..






Monday, October 24, 2011

Awak dah buat saya frust tau!


Assalamualaikum.....

Kenapa awak hari ni sangat menyakitkan hati saya.Saya bangun lebih awal dari hari biasa sebab awak. Awak tak tau kan??Memang laa..sebab saya yang pi jumpak awak tadi walaupun hati tak inginkannya pun.Sebab terpaksa ja.Huuuhhhh....

Oleh sebab dah berbulan tak jumpa awak,so saya bersiap agak ringkas sebab malas nak berhadapan dengan awak.sangat malas ok!tapi dalam kepala saya cuma ingat apa yang saya nak cakap dengan awak satgi.kalau boleh,tak mau terlepas sedikit pun apa yang saya dah rancangkan. awak tengok!saya macam beriya-iya nak jumpak awak padahal dalam hati saya sangat tak menyukainya.sebab awak la ni..hate it!

Bila dah sampai di hadapan awak,awak cuma senyap ja tapi saya yang over ter'excited lebih. Saya cuba mengingat ayat2 dalam kepala saya ni.memang ada yang saya boleh ingat,tapi ada yang tak.Bila saya blurr,awak pun ikot blurr sekali.awak nampak kosong jaaa...ok salah saya. dah abis berdate,saya rasa geram sangat-sangat!sebab awak ni tak membantu saya langsung!

ok fine2..saya start final exam hari ni.paper exam fizik asas 1 hari sangat susah terutama tajuk lens (retina).dah la terlupa formula 1 hal,blurr dengan soalan yang ditanya pun poblem jugak..soalan lens memang saya tinggal kosong..huaaa...hailohh..date dengan paper fizik ni memang buat otak saya cair.dah la 2jam 1/2..memang cair terok la.naseb baek ada air-con..hahahahahhahaaaaa...

p/s: entry ni tidak berkaitan dengan mana-mana orang..jangan terpedaya.hehe..(^^,)

Tuesday, October 18, 2011

dah macam orang sewel daaa...(-_-)

Petang tadi,saya dengan rajin dan bersemangat pergi menjejak kaki perpustakaan yang dah lama tak dikunjungi.Macam biasa la.Bila dah nak final ni,mula la rasa keinsafan yang meluap-luap.Kalau dulu,buat tak tau ja tempat tu.Sekarang ni,hidup saya macam tak tentu hala ja.Ada saja yang tak kena.Dah kena sakit apa la saya ni..(-_-)



Setiap kali saya bangun tidor,mula la dok pikir pasal buku-buku yang belum dibaca. Apatah lagi yang belum disentuh..Rasa nak menelan ja buku-buku tu,buat bbq soup..lagi sedap.. Yang paling tak tahan,kena study subjek FIZIK!Memang dah terbukti lagi bersuluh,saya memang tak boleh menyintai subjek ni.SORRY FIZIK...sob3..lagi parah,asal bukak buku ni,teringat buku yang lain pulok..adohaiiii...macam2 hal la dalam kepala saya ni.Sebab rasa banyak lagi yang tak study.. PADAN MUKA U...HAHA..!(serius dah nampak macam sewel..)
Lebih malang nasibku ari ni,saya terseliuh ketika nak balik dari library.Time nak lintas jalan pulak tu dan ketika hujan lebat.Nasib ada kawan-kawan yang tolong dan bawak saya balik naik teksi.TERHARU SEYHHH.....tapi ni semua tak melemahkan semangat saya nak study dan berjuang sampai habis exam ni..ok dats all..tq!


Friday, October 14, 2011

Buat benda bodoh sebab LOVE BREAK


Assalamualaikum..

Kenapa ramai yang selalu kaitkan cinta dengan perasaan yang sad gila-gila?Saya pun agak hairan sebab bila dah love break tu,mesti sure akan macam orang yang kehilangan anak kesayangan. Walaupun saya tak pernah rasa pun,tapi saya selalu perhati orang-orang yang ada di sekeling saya. And then,saya buat kesimpulan saya sendiri setelah buat hipotesis.HAHA..

Bila dah love break,mula la nak buat keja sewel sorang-sorang.Banyak contoh yang saya boleh kasi tapi saya tulis apa yang saya nampak dengan mata saya sendiri.Yang orang lain tu,biarlah.

>>Mula ponteng kuliah,kelas tutorial.Lepas tu,kawan jadi mangsa keadaan.

Yeayhh..memang la kan.Sapa yang nak pi kelas dengan muka sembam and mata macam kena tenyeh dengan cabai melaka sebab nangis gila-gila.Sapa-sapa???Dalam kepala,mula la pikir tak nak pergi kelas la,kuliah la.Senang cerita,tak mau keluar bilik.Kerja-kerja yang patut disiapkan pun dibiar macam tu ja.Sebab semangat yang ada dah hilang.Kononla kan.Tak rasa rugi ka kalau buat macam tu?Macam sia-sia ja datang belajar masuk u,tapi mudah sangat patah hati. Sebab cinta ja pun.Eleeehhh...Last-last,kawan jugak yang jadik tukang tandatangan. Kesian-kesian.

>>Status fb yang dah macam list maki hamun @ luah perasaan sedih gila-gila

Huhh..ni lagi la tak boleh blah.Saya selalu tengok,bila dah break ja,mesti status fb penuh dengan ayat-ayat yang maki hamun pun ada,yang stail nak bagitau hati dia tengah sedih la, ex curang la..macam-macam hal la.Pening jugak saya sebab asal bukak fb ja,macam-macam status yang agak menyakitkan mata nak membaca.Serius beb!

Kalau stail perempuan dah love break,depa tulis ayat-ayat in English.Entah la awat depa dok tulis macam tu.Tapi mostly akan tulis macam tu.Saya tau sebab tengok status kawan- kawan jugak.Yang tu ok lagi.Boleh la dia praktis tulis english writting kan.Ada faedah jugak. Yang stail maki-maki segala macam-macam yang nak terkeluar tu apa kes..?Kot ya pun, pada-pada la nak maki pun.Buat macam putus cinta dan tak leh nak cari ganti. Lupakan ex yang dah tinggalkan dia tu,.Mulakan hidup baru.

Yang stail lelaki bila dah break,tak tau la pulak status depa macam mana.Entah-entah tak update pun.Buat tak tau jaaaa...No komen plizzz...(-_-)

Dua benda tu ja la yang saya selalu nampak orang-orang terdekat saya buat pun.Yang benda lain orang love break buat,tak mau la komen kat sini.Satgi tak pasal-pasal kena sound free ja. Ni sekadar nak berkongsi ja.Mungkin ada yang terkena batang idung sendiri,no komen la pulak pasal tu.Sebab benda ni pun orang selau buat terutamanya yang masih lagi student.OK dats all. Tq for reading!

p/s:I cried today... not because I miss you... or even wanted you... but because I realized I'm gonna be all right without you.cewahhhhhhhh..HAHAHA..

Tuesday, October 11, 2011

Aku memang tak sesuai dengan orang yang hensem....(-__-)

Assalamualaikum..

Aku:Weyh2 (stail gedik)..aku dah kapel.caya x..?huhu..(muka comel)

Kawan: Sapa mamat yang bertuah tu?

Aku:Senior kita time sekolah dulu.Tak sangka nak kapel dengan aku.Dulu,bukan main sombonk dengan aku.(sekali lagi gedik)

Kawan:Walawehhh...hot stuff sekolah kita dulu kot.Hensem doehh.Hebat ang.Serius ni..??

Aku:(dalam hati:takkan nak tipu pulak.Minah ni..)Awat ang tak percaya pulak.Muka aku ada main-main ka..?


Kawan:Bukan la tapi macam mana ang boleh kapel dengan dia pulak? Kalau dengan kakak senior kita yang cun and hot stuff jugak tu tak pa la jugak.Ni ang..hurmm..

Aku:Dah jodoh aku.Terima ja laa..Awat ang macam tak puas hati dengan aku ja..?

Kawan:Tak la..cuma tak percaya.Abg senior tu macam kena buat cermin mata kuasa tinggi la selepas ni.Dalam banyak-banyak orang,boleh pilih ang..haha..ok aku nak blah lu.bye..

Aku:Memang nak kena lastik batu la minah ni..Harap nama ja kawan,tapi.....(-____-)

p/s:Tiba-tiba aku mimpi pasal ni..Walawehh...terkejut+marah+sedih..Tak mau benda ni terjadi kat aku.Aku pun ada perasaan jugak.Huhuhu... :(


Tuesday, October 4, 2011

Ada ke orang nak kat kau??

Assalamualaikum.

Macam mana bila ada orang cakap macam tu kat hampa?woowwww..sadis gila! macam nak kasik free kick stail Cristiano Ronaldo ja kat orang yang mulut macam tak pandai nak kasi insurans ni. Tak pa.Nanti saya tolong belikan erk. Kalau tak mampu sangat. HAHA.

Kenapa saya emo sangat malam-malam ni?Tekanan perasaan ka akibat final exam yang bakal menjelang hujung bulan ni?ohh..Tidak sama sekali.Cuma just nak share apa yang dah terbuku ni hati ni.Itu ja.. Selalunya orang yang cakap stail lepas macam peluru pandu ni tak pandai nak jaga hati orang dan rasa dia sangat cantek @ hensem. Betul ka? Tanya pendapat sendiri ok. Ni cuma dari pandangan saya.

"Kau sampai sekarang tak berpunya lagi?Ramai kawan kita dah ada buah hati masing-masing. Kau bila lagi erk?''

"Nanti jumpak la tu.Mungkin lambat lagi kot. Slow2 la.."

"Ye ke..?Ada ka yang nak kat kau weyh?haha..".

Kedepushhh...ni la akibatnya kalau cakap sesedap rasa kan.Kan dah kena kick ala Steven Gerrad.Padan muka u. Perlu ke cakap macam tu kat kawan
kita kalau dia maseh single lagi? Rasanya tak perlu dan TAK PATOT! Kalau kawan kita kurang cantek pun,tak perlu nak cakap macam tu.Sedih hati dia nanti weyh..termasok saya.HUHU..

p/s:pernah kena ayat macam ni.. :(

Saturday, October 1, 2011

Nak yang perfect ja sebagai partner hidup...????errr!

Assalamualaikum..kenapa dalam banyak2 orang,mereka hanya nak partner masing-masing yang cantek dan cumil girl, dan hensem man sebagai teman hidup diorang?ni bukan saja-saja saya nak mereka cerita yang bukan-bukan but secara realitinya.Nak kata depa pakai konsep "lelaki hensem hanya untuk girl cantek@cute",takkan kot. kalau "lelaki yang baek untuk perempuan yang baek" and vice versa,yang tu pernah dengar sangat-sangat.sebab selalu sangat diberi tazkirah pasal ni.SELALU OK!yuri snsd..cumil kan3?? [ihsan google]

Benda macam ni selalu ja saya tengok.kat mana-mana ja la.kes paling dekat,kat tempat saya belajar sekarang ni.ramai aweks dan lawa kat sini tau..mamat-mamat hensem pun ramai la jugak. dan yang pastinya,diorang punya partner pun kena sepadan jugak.baru nampak perfect ideal couple kan..?menyampah u know...(--").Bunyi ayat saya macam saya n
i jeles kan, tapi sangat-sangat la tak ye..walaupun saya tau saya ni cute jugak (bajet perasan gila-gila.HAHA..).

siapa tak kenal ni tak tau la.. [donghae super junior-ihsan google jugak]

So tak payah la kan nak buat macam tu.pikir yang bukan-bukan ja.ingat ok,jodoh dengan pasangan anda bukan terletak di tangan masing-masing.itu semua kuasa Allah. Bila nak kawen, nak yang elok ja rupa paras. Bukan nak tengok pada hati budi yang ada.Yang tu paling penting beb! Mengikut andaian yang saya buat,kalau partner @kapel dengan orang yang 'saham' tinggi ni,susah sikit sebab selalu jadi perhatian ramai.Tak la nanti susah hati kan, sebab takot dikebas orang..?? HAHAHA...gurau saja..(^^,)
(jangan nak marah-marah bila baca post ni kalau terasa,ok??pendapat dari lubuk hati saya saja-----soriiii----)

p/s: saya tak minat k-pop.gambar di atas sekadar hiasan semata-mata..(n,n)

Friday, September 16, 2011

fall in love in 2nd time!

Assalamualaikum..jawab jangan tak jawab.hari ni cuti 1 Malaysia.memang syok la kan untuk restkan diri sambil siapkan kerja apa yang patut.dah macam gunung everest dah saya tengok buku-buku yang kena study balik.tapi dalam masa yang sama,saya jatuh cinta lagi.wowwww..

Dulu pernah dah syok gila kat mamat ni,tapi dah lama sangat tak tengok dia,mula laa hati ni berubah arah.Terlupa langsung pasal mamat ni.seriouzly..haha..tapi sejak balik cuti hari raya Aidilfitri tu,saya jumpak dia balik setelah lama tak tengok dia.berapa tahun erk..??lebih kurang 3 tahun kot.dah terlupa pulak saya.maklomlaa..lama sangat.bertuah punya orang. macam biasa ja saya tengok.makin hensem oo..tapi menyepi ja kebe
lakangan ni.seriously..rinduu ooo.. hehe.. gedixxxxxx....(--')









oooooohhhhh Jae Hee....huhu....ntv7 ulang tayang balik cerita Witch Yoo Hee. jadik histeria kejap sebab ni memang cerita faverate saya doehhh.jangan terkena.jatuh hati dengan actor korean,standard la tuu.hahahaahaa..