Saturday, November 17, 2012

Aku nak jadi domain untuk website MNET boleh tak?

Assalamualaikum

Hai.

Aku naik hairan dengan website Mnet Asian Music Awards (MAMA) 2012 sebab aku fail nak bukak ok.Fanpage asyik dok tweet untuk vote,tapi memang aku tak boleh nak bukak sampai ke sudah.Memang tak penting pun tapi aku saja syok-syok nak menggedik vote sekali untuk Big Bang dan YG family.Aku siap tanya kat youtube lagi nak tau sebab apa aku tak boleh bukak website ni.Hoooooohoooo...ramai komen beb!Betapa rapatnya V.I.P negara-negara lain.Walaupun aku guna broken english jugak tapi  nasib ada yang paham.Orang tu Malaysian.HAHAHA..

Big Bang!!

Walaupun aku tweet kat G-Dragon tak pernah dilayan,it's ok.Memang la sebab bukan dia paham bahasa melayu pun.HAHA..


Cute kan my GD??Walaupun ayah aku selalu cakap muka dia macam maknyah siam.Hahaha. Terima ja :))

Sebab tu aku rasa macam nak jadi domain website ni.Habis aku kawal dan remove mana-mana nominees yang kacau line Big Bang.Sebab ranking Big Bang semakin menurun..Bersaing secara tak sihat.Tak elok untuk diamalkan.HAHAHA..Sekian :))

Thursday, November 15, 2012

Jauh tersasar dari niat asal aku

Assalamualaikum

Hai.
Nak tau dak,dulu aku suka-suka ja buat belog ni.Dan aku buat belog semata-semata nak join contest,giveaway atau segmen ja.Nampak tak kesengalan aku kat situ?Aku ada ternampak kawan aku join macam-macam segmen or giveaway.Time tu aku heran bebenor sebab nampak dia asyik dok menaip sakan ja.Pastu,baru la aku tau ni belog rupanya.Naifnya aku. Aku pun terhegeh-hegeh la buat belog macam dia jugak.Tapi yang aku nak tergelaknya,aku tak join apa-apa pun lepas buat belog tu.Lagi aku mengarut menulis macam orang gila lagi ada laa.HAHA..

Laa ni,aku lebih suka menulis benda yang aku suka nak tulis.Tak kisah la benda tu ok ke tak.Hahahaa..sengal.Kalau aku rasa aku nak join apa-apa,aku join ja.No hal.Memang tebiat aku dari dulu lagi.Sapa-sapa tag aku,aku join ja tanpa sebarang masalah kecuali aku busy menggila.Aku akan pikirkan kemudian.HEHE..

Ok bubye !

Tuesday, November 13, 2012

Aku memang sengal dan "kejam"

Assalamualaikum

Hai.
Hari ni aku pi tengok wayang dengan kawan aku,Puteri kat Kulim Landmark.Filem Istanbul Aku Datang.Memang best filem ni dan lawak pun ada jugak.So pi la tengok ye.Cerita kat sini tak best la.Hahaha..So awat aku cakap aku sengal dan kejam?Bila aku pikir balik, memang pun.

Aku jadi macam tu hanya untuk lelaki saja.Tak perlu nak bagi muka sangat.Nanti mengada. Dan lelaki,jangan suka ambik kesempatan ok.I hate it!Aku selalu terjebak dengan situasi macam ni.Dan akhirnya,aku jadi super sengal dan sedikit kejam.Nasib bukan super gedikss.



Kalau aku tak suka kat sorang mamat ni,segala mesej dan kol aku tak layan ok.Aku tak belagak tapi kadang-kadang naik menyampah bila mengada sangat.Kawan buat cara kawan ok.Jangan lebih-lebih.Kalau dah jodoh,aku terima ja.Asal tak balas mesej dalam masa 1 minit,konpem kol tak henti-henti.Dan aku buat bodoh,buat pekak.Dah la time aku tengah study.Agak-agak la nak mesej hari-hari.Bukan ada benda pun nak cakap.Mengalahkan orang yang kapel.

Asal aku baik sikit,layan mesej elok-elok,mula la nak menggatal panggil "sayang2".Dan aku tak suka orang panggil aku 'sayang' tanpa sebab.Dan aku tak akan panggil tanpa sebab jugak.Kawan je tau,bukannya ada apa2 hubungan pun.Aku bajet "hot"?Super sengal dan kejam?Baik digelar sombong daripada digelar perempuan murahan.Full stop.


Sunday, November 11, 2012

Benda yang dirindui time sekolah!


Assalamualaikum

Zaman sekolah memang sangat best terutama yang tinggal kat hostel.Aku dok hostel 2 tahun ja sejak form 4.Tapi macam-macam kenangan yang aku dapat.Kena kejar dengan warden, denda lari satu maktab,ponteng sana sini,dah macam benda biasa kat sekolah dulu.Tapi bila dekat-dekat dengan SPM tu dulu,mula la rasa insaf sikit. Muhasabah diri ramai-ramai dengan satu batch aku.Uhuk3...aku dulu bukan student cop baik sangat pun.Buat hal sendiri macam maktab tu aku yang punya.Hahaha.Tapi tak la sampai masuk kes disiplin.Meehh aku nak cerita time benda yang aku rindu sangat-sangat time sekolah.


1.Time prep malam sebab time tu macam happening sangat.Memang semua pakat dok bz buat homework or study tapi macam fresh semacam ja malam-malam ni.Menyembang, bergosip dengan kawan sebelah,kawan depan or belakang aku.So tak la boring semacam ja study kan.

2.Pagi-pagi lepas Subuh setiap hari.Kami 1 Batch Form 5 (SPM 2010) baca surah Yassin ramai-ramai.Aku dapat rasakan 1 semangat yang luar biasa.Macam unite yang sangat kuat dan sama-sama mengharapkan keredhaan dan keberkatan Allah untuk sama-sama berjaya dalam SPM.

3.Malam hujung minggu.Selalunya aku study kat kelas sampai pukul 10.Lepas tu,semua pakat lari pi DS (Dewan Selera) tengok tv.Hari Jumaat pukul 10 kan selalu ada Mega Movie. Memang penuh la DS time tu.TV ada 2 bijik.Bahagian lelaki 1,girls 1.So tak campur. Tambah-tambah PUM jual makanan sedap-sedap,konpem laku beb.

4.Hari Jumaat,pi outing ramai-ramai dengan geng aku.Even pi Giant ja,tu pun dah rasa seronok beb.KFC memang tempat femes time tu.Naik bas ja,bau semerbak dengan KFC.Up sikit,Pizza Hut.Memang tong sampah kat hostel penuh dengan kotak-kotak KFC or Pizza. Dan pemandangan ni selalunya time hujung minggu.Hari lain,makanan kat DS.

5.Perjumpaan homeroom.Aku dengan homeroom aku excited oohhhh time tu.Jumpak pulak dengan bapa homeroom kami,cikgu Azizul.Hensem.Haha.Ok dah kawen ya.Time tu memang happening siot!Berkongsi problems pasal belajar ka,peribadi ka..apa-apa ja la.Nak melawak sakan-sakan time ni la.Cikgu Azizul memang sporting habis.Melayan ja kami ni yang spesis budak mengalahkan budak tadika.Mengada. :P


Banyak benda sebenaqnya yang aku rindu tapi tak larat nak menaip kat sini.Yang tu semua top 5 la.Yang lain tu dalam ingatan je la.Hehehe..ok bubyep :))

p/s:Zaman sekolah la yang paling dirindui.Betoi dak??

Thursday, November 8, 2012

Lagu sedih time feeling habis!

Assalamualaikum

Perasan tak,bila hati tengah sedih with our lovey dovey or baru clash kan,mesti cari lagu yang sedih-sedih punya.Nak amik feel ka katakan.Bila dok sorang-sorang pun,dengar lagu yang mendayu sikit,mula la kepala tu melayang sekali.Aku hempuk pun mesti tak sedaq sebab melayan perasaan sangat.HAHA..
Relax..relax..Allah masih ada untuk kita :)

Ni lagu2 yang aku memember layan bila mereka melayan perasaan..












p/s:Aku tak jiwang sebenaqnya..errrrrr...betol la tu ^^,

Wednesday, November 7, 2012

Angan-angan yang GILA!

Assalamualaikum

Kalau diberi pilihan untuk nak something,aku nak ......

1.Jadi jutawan.Beli rumah besor-besor untuk famili aku,kereta dua tiga bijik,segala urusan sekolah adik-adik aku yang tanggung,beli benda yang aku tak dapat beli dulu.

2.Paksa Kwon Jiyoung a.k.a G-Dragon kahwin dengan aku.Tinggal dekat Malaysia bukan Korea.. *uwekss

3.Ada taman khas untuk kucing-kucing aku.Siap rumah bertingkat untuk depa tidoq.Ada tempat lepak untuk famili aku main-main dengan kucing.

4.Bilik aku macam bilik Barbie tapi tak mau warna pink.Warna  hijua.Green Barbie :))

5.Ada flight khas untuk aku pi Korea lawat BigBang.. *ceehhh

6.Suami orang engineer.Smart. *kalau jodoh



7.Belog aku meletop.Tudiaaa..bom pa yang dipakai tak tau la -_-"

8.Aku ada semua gadget yang terlatest dalam simpanan aku. *kaya bebenor

9.Tak payah susah2 naik bas pagi2 buta pi kelas.Skype ja dengan lecturer. *sangat tak bertamadun

10.GD dengan Taeyang follow twitter aku. *fainting

11.Jadi orang hot -_-"" *vomitted

Enough.Semakin lama aku menulis,semakin ramai yang pengsan nanti.Hahaha

p/s:Angan-angan yang terlebih angan dari Mat Jenin :))

Tuesday, November 6, 2012

I hate you,CRUSH?

Assalamualaikum

Hai ollz..dah lama tak cerita pasal crush kan.Tadi aku rasa boring.Tak ada kerja kan so pi la stalk fb kawan-kawan tercinta ni.Saja nak tau updates terbaru mereka ni.Tiba-tiba aku terbuka fb crush aku dulu.Time zaman SPM aku dulu.Tak sangka kami dah tak friend.Sejak bila,aku tak pasti.Aku naik hairan jugak.Kenapa dia remove aku?Yang lain tak pun..


Memang aku tak berapa kisah sangat tapi aku just nak tau sebab,kenapa dia dah tak unfren aku kat fb.. Bukan kita kawan ka selama ni?Pernah study sama-sama..grouping sama-sama.Ok dats enough.Just memory long time ago...and we are not friend anymore.You ask for it.




p/s: I dont care ok..seriously!

Sunday, November 4, 2012

Oppss!Mesranya aku..

Assalamualaikum

Hai u ollzz..aku dah kembali free untuk mengarang apa yang aku nak mengarut.Btw,aku pernah gitau kan pasal survey public transport dulu?Yeahh..kat George Town.Memang sangat best,untuk ari pertama la.Aku ingatkan kena survey jumlah public transport kat sini.Dok tepi jalan,kira bas or teksi tapii sangkaan aku meleset sama sekali.Ohhh pedihnya hati.Kena pi tanya user public transport kat stesen bas Komtar!Aku rasa macam mimpi ngeri sebab aku ni dah stail pemalu sikit..silap.Malu banyak ok.First time,aku jadi sangat mesra dengan orang yang tak dikenali.Sebab kerja punya pasal,aku tolek ketepi perasaan malu,sombong dan macam2 lagi.Dalam fikiran aku,macam-macam dok main.

"Kalau kena reject macam mana?"
"Kalau tanya nanti,depa buat muka bodoh,malu aku beb!"
"Macam mana nak pi tanya ni?Kena berlakon ka?Hadoi2.."

Aku selalu pi dekat2 dengan makcik2 or pakcik2 sebab tanya depa ja,senang.jawab mana yang patot.Kalau yang muda sikit,selalu jugak la kena reject tak mau jawab soalan aku. Ada yang ingat aku tengah banci pasal pilihanraya pun ada jugak.Hailohh2..sakannya dok berpolitik dengan aku.Haha..aku dengar je la sambil selit2 jugak soalan aku tu.Ada yang nak korek tau pasal aku pun ada.Kena cop pekerja Rapid tu,banyak jugak la.Muka aku tak macam student ke?Persoalan berat yang aku tak boleh nak jawab.Hahaha.Lagi teruk,ada yang nampak nametag aku,terus bangun blah dari situ.Apa sebab,aku pun tatau.Time tu,rasa muka menebal gila-gila sebab asal nampak aku,terus lari.Aku comel sangat kot,silau mata depa.Sebab tu depa lari.Ohhhhh perasaannya aku!Hahaha

Benda yang sangat funny berlaku kat aku dengan kawan aku ni.Kami selalu guna toilet kat Komtar untuk amik wuduk dan solek sikit2..girls...Hehe.Ada jugak abang yang jaga toilet ni mesra semacam ja aku tengok.Dia asyik kata,"Hari-hari nampak muka kami kat situ". Iyolaah abang,dah kami buat survey kat situ.Nak solat pun,cari tempat dekat situ jugak la. Siap tanya bila habis buat,dari mana..untuk apa datang sini..tinggal kat mana.Aku jawab la dengan elok sebab aku pun kena tanya orang jugak..Tak sangka kena kat batang hidung sendiri.

Memang pengalaman yang aku tak boleh nak lupakan.Macam-macam ragam orang aku jumpak.Sambil buat survey,sambil cuci mata dengan EYEMORE mamat hensem.Maklomlaa, kat sini ramai pelancong asing.Muka Korean look tu yang tak tahan tu,.Comel.Ok dah2.aura menggedik aku dah muncul.Sekian coretan untuk hari ni.Ok bubyep.. :)



p/s:Muka aku excited tau macam muka en.spongebob ni time buat survey dengan orang. Tak pecaya sudehh..hehehe

Jom UP Follower Sampai 1000++

Assalamualaikum

Hai u ollz..hari ni aku dah balik rumah.Buat survey kat George Town hampir nak seminggu jugak la.Memang "best" u!Hahaha.ok pasal pengalaman aku yang "tip top" tu nanti dicerita kat entry lain.La ni aku nak join satu segmen yang best oiiihh!Jom join ramai-ramai.. sambil ramaikan follower plus tambah kenalan kat dunia blogging ni.Pergghh..ayat sangat boleh blah.Hehehe..klik banner kat bawah ni ye.Tenkiu sangat2 ^^,


p/s:Ada benda aku nak cerita pasal aku kat Penang tu.Hahaha..rindu pulak kat "abang toilet" tu.ok sangat gatal!Byep :P