Sunday, July 3, 2011

hujung minggu yang best!

Hari minggu memang saat yang dinantikan.sebab boleh rest sepuasnya.HAHA.. tapi semalam saya dan 2 orang lagi kawan,Adawiyah dan Sue pi singgah rumah makcik Pah-rumah makcik saya.macam besalah,kami pagi2 lagi dah tercegat tepi jalan nak tahan teksi yang lalu.dalam dok menunggu tu,ada saja mata yang tengok kami bertiga.nak kata kami pakai baju over-branded,kami pakai t-shirt ja.sebab kami cute kot..uwekksss...

saya menyesal tak bawak pisau sebab bol
eh dijadikan senjata pertahanan diri andai berlaku apa2 nanti.tapi alhamdulillah..kami selamat sampai rumah makcik pah.walaupun tambang teksi agak mahal.memcecah RM 20 ringgit jugak la.sebab kami agak bengang dengan teksi pertama.untuk pengetahuan, kami naik 2 teksi. sebabnya....:

teksi pertama:minyak dah nak habis.takot stuck kat jalan nanti.so dia suruh kami turun di tepi jalan dan jalan sendiri pergi rumah makcik.hahh.??kami tahu dia tak tahu way nak pi rumah makcik kot.sebab tu driver tu bagi alasan yang tak munasabah..kalau dah tahu tak ada minyak,kenapa tak isi awal2..?hurmm...

setelah makan2 kat rumah makcik pah,kami balik kolej kediaman kami lebih kurang pukul 1.30 ptg.sebab ayah saya nak mai melawat saya pulak..yahoo.. bezz kot.kami pi tesco dan beli barang makanan yang banyak.sebagai stok simpanan ketika waktu kritikal (sebenarnya untuk ketika malas nak turun beli makanan kat kafe.huhu). tapi serius,saya rinduu famili saya dan kawan2 kat km kulim..menghitung hari nak balik kulim ni..heheheeheee...

Wednesday, June 29, 2011

jangan lemah sebab lelaki saja..!

Assalamualaikum..first at all,tenkiu for reading my post..eccehhh..speking la pulak.hehe.. prepare untuk MUET nanti.so practise make perfect! malam ni saya kena baca e-book novel english sebab pensyarah nak kami buat list novel2 or buku-buku cerita english dan buat sinopsis pendek pasal buku yang kami dah baca tu..well,kalau pensyarah tak suruh buat macam tu, gerenti saya pun tak akan rajin2 diri buat search kat internet cari online english novel..hahaha..

tapi sekarang saya bukan nak bercerita pasal novel2 english ni tapi cinta kepada seorang insan bernama lelaki..huh..??what's the topic...tak benda lain ke nak bercerita ni...well,saya ada pendapat tersendiri la babe nak menulis ni..hailohhhh....haha..sekarang ni,saya banyak ter'perasan la,kenapa perempuan mudah sangat nak berikan kasih cinta mereka kepada lelaki yang belom tentu lagi akan gerenti beri cinta mereka jugak kan..??WHY..??saya sendiri pun tak paham sebab tak pernah merasa pun..huhhh..bajet pulak saya ni kan...hahahahahaa... saya sendiri tak paham tentang beberapa perkara yang berterbang dalam kepala saya ni..

....kenapa bila ditinggalkan dengan kekasih,mesti sah seharian bad mood.tak sehari,maybe seminggu..maybe sebulan..kalau selama-lamanya tuu parah doe.haha..macam la lelaki tu perfect seratus peratus dan kacak sungguh sampai tak sanggup nak lepaskan dia pergi.. hurmm..susah2 kalau macam ni..ada jugak ke orang macam ni..?saya pun tak tahu dan tak mau paham pun situasi macam ni..well...(-,-')

....bila dicuit sikit or lebih senang,dingorat la,terus hati cair macam coklat cadbury cair dalam mulut.urrmmmm..sedap kot.sanggup la bagi lelaki ni buat macam2 kat si dia.huhh..seriuz menyampah..dah konfem ke hidup semati dengan dia nanti...?sampai sanggup bagi segala- galanya kat dia.ni lagi saya tak paham dan pelik..saya kalau setakat ditegur tu,maintain kool lagi la setakat ni.harap2 kekal macam tu.insya-Allah.....(><)

....kenapa asyik berbicara tentang cinta yang tak kekal abadi ni..?tak bosan ka..? saya pun bosan sebab tak da topik nak bukak cerita pasal ni..kalau cerita pasal cinta Allah dan Rasullulah,memang bezz la..try bukak i luv islam..buat pengisian rohani sikit.baru power bertambah lagi dalam hati tuu..kuat iman dengan pengisian yang bermakna ni...sometimes, LOVE MAKE SOMEBODY GOING CRAZY AND WHAT SO ELSE..HUH..!


Saturday, June 25, 2011

sesat nak cari pekan buku..!

24 JUN 2011 JUMAAT

kelas saya habis awal pukul 9 pagi.so saya dan kawan2 rancang nak pergi buat medical checkup dan pekan buku.oleh sebab kami bertiga ada semangat nak pergi pekan buku,kami berjalan kaki tanpa bantuan teksi.haha..bajet macam dekat ja..selepas pergi bank islam nak masukkan duit, dengan semangat yang berkobar-kobar nak beli buku,kami pergi la cari lokasi pekan buku. mula-mula memang tak tahu tapi kami tanya pakcik kat bank islam tu.dia yang bagi direction kat kami.kami bertiga,sue ngan adawiyah buat macam paham ja direction tuu padahal tak berapa nak tahu sebenarnya.haha..kami nampak bangunan yang agak 'usang'.dah macam muzium ja kami tengok.so pikir nilah pekan buku,kami pun pi tolak pintu utama bangunan tu.. cehhhhh...berkunci pulak.tengok dalam bangunan,macam tak ada orang..senang cerita,tak berpenghuni lansung.menyeramkan la pulak.nasib baik tengah hari time tu.

macam dah sesat ni..kami jalan pusing keliling bangunan tu kot ke ada pintu lain nak masuk.. hahaha..memang semua berkunci doe..so kami buat konklusion..bangunan ni tak da orang yang duduk dan kami salah tempat..well,kami kan baru masuk pasum ni.so tak berapa nak tahu la tempat-tempat dalam um ni..hehe..nasib kami agak baik sebab jumpak other student pasum. dia la tolong beritahu arah yang betul.ish3..rupanya kena turun lagi doe..hurm..kami turun sampai bawah tapi memang jumpak perdana siswa tapi mana pekan bukunya..???sekali lagi kami jadi peramah terlebih..kami tahan seorang uncle ni.
alamak..speking la pulak tapi no hal la..ish3..kena turun bawah lagi la pulak tepi bangunan perdana siswa.finally,baru jumpak dan kami memanjat rasa syukur sebab dah jumpak dan dah tak larat nak cari lagi..ahahahaa.. nak tahu muka kami lepas tu macam mana..?macam ni......

memang sangat letih la..memang tengah hari doe.matahari terpacak kat kepala.. lepas tu,bergegas pergi pusat perubatan um pulak.memang nasib agak malang jugak sebab tak disediakan medical checkup kat situ.so saya terpaksa balik kedah la nak buat madical checkup. tapi kami try usha kat sini dulu.mahal doe nak balik kulim ni..kena bajet sikit duit kat sini. paham-paham jer la..hahahahhaaa...ok setakat sini saja cerita..tenkiu reading my post..! (^^,)

Saturday, June 4, 2011

seminggu di KMKulim

Cuti hujung minggu memang saat dinantikan.boleh rest sekejap walaupun ada tutorial yang nak kena disiapkan..tapi blog memang tak dapat nak dilupakan.hehe..so minggu pertama pengurusan pelajar baru (mppb kmkulim)..memang sangat bezz sebab fasi2 sangat sporting n enjoy habis. saya tak ada pic nak letak sebab tak sempat nak posing time tu.tapi tak apa sebab saya ada follow blog seorang faci saya..sangat cute oo..hehe..nak tahu pasal cerita orientasi kami,klik la kat SINI..abg faiz memang ada banyak pic sepanjang orientasi tu.pic saya pun ada jugak tapi malu nak beritahu..hehe..sebab sangat huduh time tuu..hehe

Sekarang dah start kelas..well,saya ambil MODUL 3..tak ambil fizik sebab saya memang fobia sikit dengan fizik ni.pernah kan saya beritahu yang saya akan datang awal untuk dapat bilik..? hehe..akhirnya,saya dapat bilik di blok Fatimah Azzahra.memang sejibik dengan bilik saya di mrsm dulu.so selesa saja..tapi saya takot sangat-sangat sebab time kelas kimia,saya cam tak boleh nak tangkap apa yang pensyarah terang.so,study group is da bezz way untuk study balik apa yang kurang paham..

terus terang saya katakan,saya tak dapat nak lupakan sepanjang minggu orientasi ni.enjoy je memanjang dan kurang stress.tapi macam-macam pengalaman dan motivasi yang membina untuk meneruskan perjuangan di sini..banyak faci yang bagus n bezz membantu kami untuk adapt kat sini..tenkz faci2 tersayang..sekarang,fuhhhh....cabaran sudah datang...!!

Tuesday, May 17, 2011

saya kena sound dengan jiran sebelah


Apa kes kena sound-sound ni..??maklomlah..hidup berjiran kena saling hormat-menghormati tapi bila kena fires,mula la saya naik hangin sikit.

bukan melenting sebab kena fires,tapi hot bila benda kecik *sebesar kuman* pun nak report sama bapak saya.sebab kes saya bergayut dengan kawan sampai boleh tembus dinding rumah mereka.haishh..saya cakap pun guna tone paling rendah (range 1-4), takkan nak mute kot.kalau macam tuu,baek tak perlu bercakap..guna jer bahasa isyarat (kalau guna 3G,boleh la buat macam tu.sebab kawan boleh nampak).sebab tak nak menjatuhkan air muka bapak saya (anak baek),so saya terima teguran tu dengan senang hati.bila nak bercakap dengan phone jer,saya lari jauh-jauh dari bilik saya sebab tak nak ganggu jiran saya *macam perli jer -,-'*.so kalau saya terserempak dengan jiran saya, saya just.....
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

tak baek marah-marah n..senyum jer..kan bagus.kalau dipikirkan,salah saya jugak kot sebab jiran saya tu ada anak kecik..tak boleh dengar bising sikit,mula nak nanges. tapi malam-malam diorang bergelak ketawa sampai saya nak tidor tak boleh,macam mana pulak?sabor jer la erkk..(^^,)

Monday, May 16, 2011

masih ingat novel ni walaupun dah lama tak baca


novel ni saya dah lama baca.tahun 2008 kot.pinjam dari kawan.tapi tak sangka ada drama yang diadaptasi daripada novel ni..NORA ELENA.episod pertama cerita Nora Elena ni saya dah macam pernah tengok ja padahal baru 1st time ditayangkan kat TV3.saya bukak balik internet dan search dengan keyword NORA ELENA.dari novel karya Meen Zulaikha rupanya..memang ni novel yang best yang pernah baca dari group Alaf 21.sekarang kurang layan dah novel dari Alaf 21 ni sebab terpengaruh dengan HLOVATE.dulu-dulu kawan-kawan suka kasi pinjam novel dari Alaf 21.rasanya,bilik dia dah macam library kot..heehehee*

kisah saya dan cikgu


::TADIKA KEMAS KELADI::

-saya time kecik memang nakal..tak pernah dengar cakap cikgu.kalau dilarang jangan berlari,saya berlari jugak..tapi bila time belajar,saya jadi seriuz.bila masa main,saya mengalahkan Incredible Hulk.main redah jer termasuk kawan-kawan gurl saya. sebab saya selalu masuk geng lelaki.kuat sikit..tapi 6 bulan ja saya bersekolah tadika sebelom saya berpindah ke Kulim..tapi,terima kasih cikgu sebab saya dapat mengenal ABCD an 1234..

::SK KULIM (BANDAR)::

-masuk sekolah rendah,saya jadi pendiam.sebab suasananya memang lain dari yang lain.saya tengok muka cikgu-cikgu disitu memang garang.padahal,tak pun.mainan perasaan jer.memang sekolah tak besar mana pun tapi saya sangat suka sekolah di situ.cikgu-cikgu memang caring habis laa..saya belajar sampai UPSR.jumpak kawan-kawan yang memang sekepala laa.kami jadi kamceng sampai sekarang.. terima kasih cikgu sebab sudah mengajar saya sampai dapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR.

::SMK SULTAN BADLISHAH:: (06-08)

-yang ni lagi pelik sebab jumpak subjek baru lagi.geografi dan sejarah.saya ingat subjek ni susah la sangat tapi senang jugak rupanya.persekitaran memang sangat baru sebab sekolah ni sangat besar jugak.masuk hari 1st sekolah,boleh sesat doe. hehe*.masuk kelas time form 1,memang jadi skema habis.lepas dua tiga bulan, tak skema pun..haha..saya bersekolah disini sampai PMR.form 1 sampai form 2 sekolah petang.boleh bangun lewat sikit.masuk form 3,sekolah pagi..adoii..kus semangat sekejap..apa-apa pun,terima kasih cikgu sebab dah mengajar saya sampai dapat result PMR yang cemerlang..

::MRSM MERBOK::(09-10)

-1st time masuk sbp.masuk asrama pulak.memang cuak la sebab saya dengar macam-macam versi cerita pasal asrama.tapi sebenarnya biasa jer.seronok pulak. masok form 4,memang sedia maklom aliran sains ni memang kena fokus betul-betul. cikgu-cikgu disini sedikit tegas tapi sporting.pengalaman disini memang mengajar saya jadi manusia berguna.bab-bab rohani,semangat setiakawan,dan sahsiah memang tak dapat nak dilupakan..macam ada semangat baru yang bertiup dalam diri.terima kasih cikgu sebab dah mengajar sampai kami 1 bacth berjaya dalam SPM..dan mengajar kami tentang istilah hidup berdiri di atas kaki sendiri..

::terima kasih cikgu::
::maafkan kami cikgu::
::halalkan ilmu yang diberi cikgu::
::kami sayang cikgu::


Wednesday, May 11, 2011

sudah 200..terima kasih...


HEHE....walaupun hanya 200 tapi still bangga dohh..terima kasih sebab sudi follow dan berkomen-komen di sini..ni kira ok la bagi yang blogger baru macam saya ni.kehkehkeh.. semangat nak terus berblogging ni sangat tinggi..(bajet over terlebih pulak..hehe).
ok la..tak nak omong panjang-panjang..nak kongsi berita gembira ni jer..(^^,)..siapa yang ke-200 tu..? klik sini ye..


Sunday, May 8, 2011

bila semangat datang balik,jadi teruja lebih..!


Esok adalah hari pelajar form 6 memulakan persekolahan mereka..study well kawan-kawan.. saya pulak yang masih menanti hari nak masuk matrik ni.cuma 2 minggu lagi..nak tunjuk sesuatu ni.. hehe...cecuba tengok bawah ni...

pinjam sat azizi noh..just want to share..
yg tu pendapat kawan2 saya..yang ni pulak pendapat cikgu saya..
so..?nak berjaya tu tak bergantung kepada cerdik atau tidak tapi usaha masing-masing nak berjaya semangat nak berjuang untuk mendapat kejayaan..saya mula sedar tentang itu..(^^,)

tak keluar lagi ke novel hlovate terbaru ni..?

Saya ada tersurvey kat google tadi.tiba-tiba jer ternampal novel ni..di bawah ni..
semua novel hlovate saya hampir ada (buat bangga boleh)..hehe..tengah tunggu novel ni pulak tapi kan.....susah nak cari oo.. tak sampai lagi ke kat kedai buku di tempat saya ni.hehe.. malam nanti mau pergi jalan-jalan.boleh la pergi skodeng kedai buku yang belum dijenguk lagi.haha...macam-macam hal la.(^^,)