Saturday, August 20, 2011

Jangan sesekali kamu -Artikel iluvislam.com


Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.

Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya.

Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.

Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.

Jangan sesekali diri kamu mengatakan "aku cinta padamu" sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta.

Jangan sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.

Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah.

Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang beriman yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah.

Hati orang yang soleh itu mudah dan senang untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa takut akan azab Allah dan cinta kepada Allah...

Namun..

Hati orang yang berdosa itu susah dan payah untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa gembira dengan nikmat dunia dan lupa pada-NYA...

::Kredit to iluvislam.com

Thursday, August 18, 2011

Tetiba ja teringat.!aiseh.....

Hari ni nak cakap dalam 'aku' sebab kalau guna 'saya' dalam post ni,nampak skematik ja.HEHE.. aku banyak mengelamun ja hari ni.entah laa..aku sendiri pun tak tau.jadi semakin kronik bila dok sorang-sorang.mainan perasaan ja ni.Entah tiba-tiba ja teringat macam-macam hal yang menggamit kembali memoir dulu-dulu.Sebab sekarang ni semuanya dah berubah....

Aku teringat dulu-dulu masa zaman sekolah aku kat mrsm merbok.Banyak benda yang sedar tak buat lagi.Masa banyak dihabiskan dengan sia-sia.Entah mana perginya masa tu.tidor kot.maybe laa..haihh..ruginya bila pikir balik.Masa yang banyak dihabiskan dengan sia-sia tu alangkah baiknya digunakan untuk study for SPM.Maybe result gempak punya la..

Dulu aku banyak tak jaga hati kawan.Tak terkira banyaknya lahh..walaupun depa tak tunjuk, aku tau aihh..dah paham sangat-sangat.tapi kenangan yang dulu-dulu sus
ah nak dapat balik macam sekarang ni.memang rinduu gila time zaman sekolah..sapa yang tak rinduu kan..?rinduu cikgu2 jugak!HUHU...Tapi sekarang,masing-masing tengah mengejar kejayaan kat menara gading masing-masing. dan aku,kat pasum ni...meneruskan perjuangan aku kat sini..

Aku teringat mak ngan ayah aku pulak.asal aku rasa malas or rasa down semacam ja,aku teringat kat depa.banyak perngorbanan yang depa
dah bagi kat aku.kalau aku tak sedar diri gak,tak tau nak kata pa la kan.memang jenis tak sedar diri punya la..huhu..tekad nak skor n]belajar dan bawak balik kejayaan di sini..yeahhh!!

Tapi yang tak boleh blah,aku teringat jugak buku-buku SPM yang aku dah jual or senang cerita,dah dihantar untuk dikitar semula.memang hampeh la kan sebab aku baru tau betapa bergunanya buku-buku tu kat sini.sebab nak kena ingat balik basic kimia,fizik,add math dan biologi.Bila dah tau penting buku-buku tu,baru ter
gedik-gedik cari balik buku tu,PADAN MUKA!
p/s: benda yang lepas dan disiakan dengan begitu saja,jangan diulang balik pada masa sekarang...


Tuesday, August 16, 2011

alamak!terpengsan or terlelap..??


Assalamualaikum..hari ni hidup dilalui dengan kepayahan sikit sebab batuk yang terok dan suara mengalahkan Amy Search gamaknya.Tapi tu semua tak menghalang nak menuntut ilmu.ececeh.. semangat sungguh..!entah kenapalah saya ari ni jadi something wrong sikit..tak sikit,banyak kot. mau taknya..kuliah hari ni waktu petang,bajet macam tak pernah pi kuliah waktu petang ja. adussss...sebelom ni tak pernah jadik macam ni.tapi hari pecah rekod terburuk pulak...
macam mana la saya boleh ter'pengsan sekejap tadi dari pukul 2 sampai pukul 4..??maksud pengsan di sini ialah saya TERTIDOR..!ni kes serius..memang hari rasa menyesal sangat2 sebab miss kelas fizik dan calculus.memang sangat terbaek la kan.PADAN MUKA SANGAT2.. semalam study sampai calculus untuk test sampai pukul 1 ja pun.paling awal la tu.entah laaa... memang hari ni mata sangat berat dan tak boleh nak fokus.. malam ni nak tidor awal sebab dah habis semua tutorial..hehehe..harap tak tidor time kuliah lagi.menyesal weyh...!!

Wednesday, August 3, 2011

buat drama hindustan petang tadi


pic from ehsan yahoo!
Assalamualaikum..hari ni saya ada satu paper ja petang tadi iaitu paper algebra dan geometri. tak dapat nak kata apa-apa la sebab "senang sangat".haha..lawak ja.so apa kes buat drama ala-ala hindustan petang tadi ni?cerita tak lawak mana pon tapi saja gedik jugak nak tulis kat sini. mula-mula kami pi dewan exam tu,nampak langit cerah semacam ja.so conclusion awalnya ialah gerenti tak hujan ni.so tak payah bawak payung.nampak sangat pemalas tahap cipan kan,.bukan apa,susah nak jaga nanti,payung dah la sama dengan budak pasum yang lain.

Habis ja exam pukul 3.45 petang tu,kami nampak macam dah kelabu ja kawasan kat menara TM tu.sah la hujan dah datang dah.dengan semangat yang jitu,saya dan kawan berlari bagai nak raq (sungguh-sungguh) sebab tak mau kena hujan.ye la..takot demam,dah la minggu exam lagi ni. tapi malang tak berbau,hujan lebat doeh..dah tak sanggup tunggu lama-lama kat situ,kami ambik keputusan berlari balik ke kolej kediaman.dekat ja pon..so tak kisah kalau nak berlari.nak berjalan pun boleh..ingatkan kami berdua ja buat kerja gila ni,ramai jugak yang berlari-lari macam tengah menyelamatkan diri dari bom ja..tapi serius lawak.first time berlari dalam hujan. sebelum ni ada laluan berbumbung..hehe..

Nak pesan sedikit ja..kereta-kereta yang tengah dipandu tu kalau nampak pejalan kaki nak melintas jalan terutama waktu hujan,beri la peluang supaya depa melintas dulu.tak lah basah kuyup tunggu kereta or apa-apa ja jenis kenderaan lain berhenti,baru boleh melintas..tak kesian kat kami ni..???huhuhu....dah la tak ada laluan berbumbung nak balik kolej.kalau tak bawak payung time hari hujan,memang naya la jawabnya..so dats for today.tq for reading my post..(^^)

p/s:tak ada kaitan dengan drama hindustan mana-mana pun.saja buat gimik lebih..hehe..


Tuesday, August 2, 2011

stress sebab kimia dan fizik!

Assalamualaikum..ya hari ni exam kimia basic 2 dan fizik basic 1.subjek yang memang saya rasa nak pecah otak sikit buat.paper kimia waktu pagi.waktu yang sangat sesuai nak buat kimia. sesuai la sangat-sangat kan.hehe..soalan nampak macam senang tapi bila masuk nak mengira apa2 entah,mula serabut jap kepala.haha..time buat latihan dalam buku boleh pulak.haishh... poblem..huhu..kalau bab teori,memang la boleh jawab sebab memang dah ada dalam kepala.tapi bila putar belit sikit soalan,mula dah pening.macam mana saya nak buat time final nanti..?

Habis kimia,paper fizik pulak waktu petang..waktu yang agak kritikal untuk saya sebab time ni mudah nak terlentok sikit.tapi fizik punya hal,mata terus jadi segar sangat-sangat.hahaha... sekali lagi jadik gila sebab TERLUPA FORMULA YANG PENTING!mula la dok garu kepala yang tak gatal sebab cuba nak try ingat formula balik yang dah hafal berjela-jela.kalau dah tak boleh nak ingat tu,memang frust ngan geram la jawabnya.terus rasa macam nak telan ja paper fizik tadi.haisehh..terlupa pulak bulan puasa sekarang.hehe..

Tapi maybe salah saya jugak kot sebab tak prepare betul-betul 2 subjek ni.memang tak boleh nak kata apa-apa la kalau tak boleh nak jawab kan.PADAN MUKA SANGAT-SANGAT!hahaha... ok dats for today..tq reading my post...(^^,)

p/s:doakan sakit gigi saya cepat sembuh sebab tak boleh nak bukak mulut luas-luas bila nak makan. hehe...

Monday, August 1, 2011

kisah yang menguji kesabaran di awal Ramadan

Assalamualaikum..ya selamat berpuasa muslimin dan muslimat sekalian.saya memang sibok dengan exam midsem yang tengah berlangsung sekarang ni.so memang kena study hard la walaupom midsem ja pom.tapi penting jugak taw.jangan ingat tak penting.so hari ni 1st day Ramadhan. saya dan kawan-kawan nak pi bazar ramadan dekat dengan uia.memang dekat ja kalau naik teksi. tetiba ja rasa nak pi sana walaupun kat kafe pun ada ja makanan yang dijual.memang ramai la orang.tambah ramai dengan bebudak uia kat sana.ye la..delat sangat dengan tempat depa tu. senang ja kalau nak pi.tapi saya ni jauh sikit la..yang betul-betul menguji kesabaran kami bila time nak balik ke um balik.TAK ADA TEKSI MAHUPUN BAS YANG BERSIMPATI DENGAN KAMI..!

Hampir setengah jam jugak la kami termenung di tepi jalan sebab nak cari teksi atau bas rapid. dah tak tahan nak menunggu,kami jalan kaki la balik um.taw tak betapa jauhnya jarak tu..? memang perit la dengan kekuatan yang tinggal sipi-sipi ni.tapi oleh sebab nak balik cepat sebelum berbuka puasa,kami jalan dengan penuh sabar..sebab kesabaran kami ni,ada la jugak bas rapid yang lalu.walaupun bas tu tak masuk dalam sampai um,tapi kami tetap bersyukur. dari gate besar utama um,kami berjalan sampai ke kolej kami.memang tengah jalan nak balik tu,kami dengar azan maghrib menandakan dah boleh berbuka puasa.memang bukak puasa tepi jalan la jawabnya..hehe..

tapi itulah pengalaman 1st day kami puasa kat um ni dan jauh dari famili..sedih tu memang sedih tapi nak buat macam mana.ok dats for today..tq for reading my post..!

Sunday, July 3, 2011

hujung minggu yang best!

Hari minggu memang saat yang dinantikan.sebab boleh rest sepuasnya.HAHA.. tapi semalam saya dan 2 orang lagi kawan,Adawiyah dan Sue pi singgah rumah makcik Pah-rumah makcik saya.macam besalah,kami pagi2 lagi dah tercegat tepi jalan nak tahan teksi yang lalu.dalam dok menunggu tu,ada saja mata yang tengok kami bertiga.nak kata kami pakai baju over-branded,kami pakai t-shirt ja.sebab kami cute kot..uwekksss...

saya menyesal tak bawak pisau sebab bol
eh dijadikan senjata pertahanan diri andai berlaku apa2 nanti.tapi alhamdulillah..kami selamat sampai rumah makcik pah.walaupun tambang teksi agak mahal.memcecah RM 20 ringgit jugak la.sebab kami agak bengang dengan teksi pertama.untuk pengetahuan, kami naik 2 teksi. sebabnya....:

teksi pertama:minyak dah nak habis.takot stuck kat jalan nanti.so dia suruh kami turun di tepi jalan dan jalan sendiri pergi rumah makcik.hahh.??kami tahu dia tak tahu way nak pi rumah makcik kot.sebab tu driver tu bagi alasan yang tak munasabah..kalau dah tahu tak ada minyak,kenapa tak isi awal2..?hurmm...

setelah makan2 kat rumah makcik pah,kami balik kolej kediaman kami lebih kurang pukul 1.30 ptg.sebab ayah saya nak mai melawat saya pulak..yahoo.. bezz kot.kami pi tesco dan beli barang makanan yang banyak.sebagai stok simpanan ketika waktu kritikal (sebenarnya untuk ketika malas nak turun beli makanan kat kafe.huhu). tapi serius,saya rinduu famili saya dan kawan2 kat km kulim..menghitung hari nak balik kulim ni..heheheeheee...

Wednesday, June 29, 2011

jangan lemah sebab lelaki saja..!

Assalamualaikum..first at all,tenkiu for reading my post..eccehhh..speking la pulak.hehe.. prepare untuk MUET nanti.so practise make perfect! malam ni saya kena baca e-book novel english sebab pensyarah nak kami buat list novel2 or buku-buku cerita english dan buat sinopsis pendek pasal buku yang kami dah baca tu..well,kalau pensyarah tak suruh buat macam tu, gerenti saya pun tak akan rajin2 diri buat search kat internet cari online english novel..hahaha..

tapi sekarang saya bukan nak bercerita pasal novel2 english ni tapi cinta kepada seorang insan bernama lelaki..huh..??what's the topic...tak benda lain ke nak bercerita ni...well,saya ada pendapat tersendiri la babe nak menulis ni..hailohhhh....haha..sekarang ni,saya banyak ter'perasan la,kenapa perempuan mudah sangat nak berikan kasih cinta mereka kepada lelaki yang belom tentu lagi akan gerenti beri cinta mereka jugak kan..??WHY..??saya sendiri pun tak paham sebab tak pernah merasa pun..huhhh..bajet pulak saya ni kan...hahahahahaa... saya sendiri tak paham tentang beberapa perkara yang berterbang dalam kepala saya ni..

....kenapa bila ditinggalkan dengan kekasih,mesti sah seharian bad mood.tak sehari,maybe seminggu..maybe sebulan..kalau selama-lamanya tuu parah doe.haha..macam la lelaki tu perfect seratus peratus dan kacak sungguh sampai tak sanggup nak lepaskan dia pergi.. hurmm..susah2 kalau macam ni..ada jugak ke orang macam ni..?saya pun tak tahu dan tak mau paham pun situasi macam ni..well...(-,-')

....bila dicuit sikit or lebih senang,dingorat la,terus hati cair macam coklat cadbury cair dalam mulut.urrmmmm..sedap kot.sanggup la bagi lelaki ni buat macam2 kat si dia.huhh..seriuz menyampah..dah konfem ke hidup semati dengan dia nanti...?sampai sanggup bagi segala- galanya kat dia.ni lagi saya tak paham dan pelik..saya kalau setakat ditegur tu,maintain kool lagi la setakat ni.harap2 kekal macam tu.insya-Allah.....(><)

....kenapa asyik berbicara tentang cinta yang tak kekal abadi ni..?tak bosan ka..? saya pun bosan sebab tak da topik nak bukak cerita pasal ni..kalau cerita pasal cinta Allah dan Rasullulah,memang bezz la..try bukak i luv islam..buat pengisian rohani sikit.baru power bertambah lagi dalam hati tuu..kuat iman dengan pengisian yang bermakna ni...sometimes, LOVE MAKE SOMEBODY GOING CRAZY AND WHAT SO ELSE..HUH..!


Saturday, June 25, 2011

sesat nak cari pekan buku..!

24 JUN 2011 JUMAAT

kelas saya habis awal pukul 9 pagi.so saya dan kawan2 rancang nak pergi buat medical checkup dan pekan buku.oleh sebab kami bertiga ada semangat nak pergi pekan buku,kami berjalan kaki tanpa bantuan teksi.haha..bajet macam dekat ja..selepas pergi bank islam nak masukkan duit, dengan semangat yang berkobar-kobar nak beli buku,kami pergi la cari lokasi pekan buku. mula-mula memang tak tahu tapi kami tanya pakcik kat bank islam tu.dia yang bagi direction kat kami.kami bertiga,sue ngan adawiyah buat macam paham ja direction tuu padahal tak berapa nak tahu sebenarnya.haha..kami nampak bangunan yang agak 'usang'.dah macam muzium ja kami tengok.so pikir nilah pekan buku,kami pun pi tolak pintu utama bangunan tu.. cehhhhh...berkunci pulak.tengok dalam bangunan,macam tak ada orang..senang cerita,tak berpenghuni lansung.menyeramkan la pulak.nasib baik tengah hari time tu.

macam dah sesat ni..kami jalan pusing keliling bangunan tu kot ke ada pintu lain nak masuk.. hahaha..memang semua berkunci doe..so kami buat konklusion..bangunan ni tak da orang yang duduk dan kami salah tempat..well,kami kan baru masuk pasum ni.so tak berapa nak tahu la tempat-tempat dalam um ni..hehe..nasib kami agak baik sebab jumpak other student pasum. dia la tolong beritahu arah yang betul.ish3..rupanya kena turun lagi doe..hurm..kami turun sampai bawah tapi memang jumpak perdana siswa tapi mana pekan bukunya..???sekali lagi kami jadi peramah terlebih..kami tahan seorang uncle ni.
alamak..speking la pulak tapi no hal la..ish3..kena turun bawah lagi la pulak tepi bangunan perdana siswa.finally,baru jumpak dan kami memanjat rasa syukur sebab dah jumpak dan dah tak larat nak cari lagi..ahahahaa.. nak tahu muka kami lepas tu macam mana..?macam ni......

memang sangat letih la..memang tengah hari doe.matahari terpacak kat kepala.. lepas tu,bergegas pergi pusat perubatan um pulak.memang nasib agak malang jugak sebab tak disediakan medical checkup kat situ.so saya terpaksa balik kedah la nak buat madical checkup. tapi kami try usha kat sini dulu.mahal doe nak balik kulim ni..kena bajet sikit duit kat sini. paham-paham jer la..hahahahhaaa...ok setakat sini saja cerita..tenkiu reading my post..! (^^,)

Saturday, June 4, 2011

seminggu di KMKulim

Cuti hujung minggu memang saat dinantikan.boleh rest sekejap walaupun ada tutorial yang nak kena disiapkan..tapi blog memang tak dapat nak dilupakan.hehe..so minggu pertama pengurusan pelajar baru (mppb kmkulim)..memang sangat bezz sebab fasi2 sangat sporting n enjoy habis. saya tak ada pic nak letak sebab tak sempat nak posing time tu.tapi tak apa sebab saya ada follow blog seorang faci saya..sangat cute oo..hehe..nak tahu pasal cerita orientasi kami,klik la kat SINI..abg faiz memang ada banyak pic sepanjang orientasi tu.pic saya pun ada jugak tapi malu nak beritahu..hehe..sebab sangat huduh time tuu..hehe

Sekarang dah start kelas..well,saya ambil MODUL 3..tak ambil fizik sebab saya memang fobia sikit dengan fizik ni.pernah kan saya beritahu yang saya akan datang awal untuk dapat bilik..? hehe..akhirnya,saya dapat bilik di blok Fatimah Azzahra.memang sejibik dengan bilik saya di mrsm dulu.so selesa saja..tapi saya takot sangat-sangat sebab time kelas kimia,saya cam tak boleh nak tangkap apa yang pensyarah terang.so,study group is da bezz way untuk study balik apa yang kurang paham..

terus terang saya katakan,saya tak dapat nak lupakan sepanjang minggu orientasi ni.enjoy je memanjang dan kurang stress.tapi macam-macam pengalaman dan motivasi yang membina untuk meneruskan perjuangan di sini..banyak faci yang bagus n bezz membantu kami untuk adapt kat sini..tenkz faci2 tersayang..sekarang,fuhhhh....cabaran sudah datang...!!