Saturday, September 10, 2011

accident di makmal kimia

Assalamualaikum.sudah lama tak update blog ni.tak ada cerita nak ditulis dan kekangan masa yang mencemburui saya.hari jumaat saya suka sebab ada kuliah ja tapi tak suka sebab ada amali kimia. sebab saya tau nanti mesti ada poblem bila buat amali. sebab tak baca manual la katakan sebelum masok lab. padam muka u sangat2..haha..

Semalam saya kena buat amali pasal organic compound. ni boleh la dikatakan experiment bahaya jugak kalau tak berhati-hati.ada yang meletup,ada yang terbakar besen dan yang terok sikit,kimia yang bahaya terkena tangan.memang kena bawak pi hospital la.tapi kes saya ni cuma ringan-ringan ja. test tube yang yang kena heat tu tiba-tiba meletupkan diri dia. sebab air dah masuk dalam test tube dan saya tak sempat nak tarik bent delivary tube tu keluar dari air. memang tergamam kejap sebab benda jadi dengan tiba2..

Nasib baek demostrator saya ari tu baek.dia sikit pom tak marah tapi menenangkan saya yang dah cuak plus sakit tangan.kaca terpelanting kena tangan la.sebab time tu tengah pegang test tube yang meletup tu. itu cubaan experiment yang kedua.yang pertama tak jadi jugak sebab air dah nak masok dalam test tube tapi sempat tarik keluar lagi..so memang ari tu tangan ketaq ja.takot nak buat balik experiment tuuu...huaaaa....so memang lepas ni,tahap hati2 kena double lagi walaupun dah diingatkan selalu.jangan cari bahaya kalau tak mau bahaya cari kita.haha..

p/s:tengah demam sebab pukul 3 pagi baru tidor..pulunkan diri nak ciapkan kerja awal..


Sunday, August 28, 2011

kacau awek aku lagi!


Petang tu,aku pi shopping mall dengan kawan-kawan sekelas aku untuk luang masa bersama-sama sebelum cuti sem bermula.Sampai di sana,kami memilih untuk makan dulu sebelum bermain boling. Semua kami 1 kelas pi sana.Lebih kurang 16 pompuan dan 14 lelaki.Aku memilinh tempat duduk yang agak jauh dari budak-budak laki bimbang ada jeles nanti.Siapa sangka aku ada fair dengan budak lelaki kelas aku jugak.Namanya "Mr.Z".Dia sudah berpesan dekat aku supaya duk di kalangan pelajar perempuan ja.Nanti ada yang cuba tackle aku.Sebab tiada siapa yang tahu kami dah lama berkapel..

Aku tetiba meminta diri untuk ke toilet.Aku hanya pergi sorang-sorang sebab rakan aku sedang enak menikmati makanannya.Selepas keluar dari toilet,aku melewati sebuah kedai yang menjual teddy bears.Agak lama aku di situ sampai tak sedar ada mata-mata yang sedang perhatikan aku.Aku cuba melihat seorang mamat yang sedang membelek teddy bear berwarna pink di hadapan aku.Tangannya saja memegang bear tu tapi mata seakan melihat aku.Aku dah rasa seram semacam ja.Cepat-cepat aku blah dari kedai untuk pergi kepada kawan-kawan aku di di kedai makan tak jauh dari situ.

Aku bertambah cuak bila lelaki yang dalam kedai bear tu turut sama keluar dan ikot aku dari belakang.Aku mula berfikir.Aku tak pernah pinjam duit dari mana-mana along ni.Kenapa ada yang ikot aku.Makin cepat langkah aku,lagi laju lelaki tu ikot aku.Sah!Dia kejar aku ni.Aku nampak Mr.Z bangun dan berlari ke arah aku.Tiba-tiba aku dengar bunyi orang kena tumbuk.Memang dijangka.Mr.Z dah kasi buku 5 dekat mamat yang kejar aku tu.Aku tengok muka mamat yang kena tumbuk macam marah ja.Sapa yang tak marah bila kena tumbuk tiba-tiba ja.

"Jangan kacau awek aku lagi.Kenapa kau kejar dia?Kau nak apa ni dari dia..?''kata Mr.Z.Aku hanya membatu diri.

Mamat tu bangun dan terus berkata kepada kami berdua."Saya niat nak bantu.Tudung awek awak tersingkap dari belakang.Nampak aurat dia.Lain kali sebelum keluar toilet,pastikan tudung awak tu dah ok.Buat free show ja kat orang bukan mahram.Maafkan saya jugak sebab cara saya menimbulkan syak yang bukan-bukan.Mintak diri dulu,".

Aku cuba pegang tudung belakang aku.Memang betul.Aku menarik balik tudung yang tersingkap tu.Rasa malu mula menerpa diri.Mr. Z memintak maaf kepada mamat tu dan mereka bersalaman.Aku juga memintak maaf sebab dah buat dia kena tumbuk dan syak yang buruk kepada dia.Aku dan Mr.Z kembali ke meja makan dan rakan-rakan kami memandang dengan hairan selepas melihat kejadian tadi.


Moral value:Jangan cepat bersangka buruk kepada orang dan siasat dulu sebelom buat sebarang tuduhan..

p/s:INI CUMA CERITA REKAAN.TIDAK BERKAITAN DENGAN SESIAPA SAMADA YANG MASIH HIDUP ATAU DAH MENINGGAL DUNIA.TETIBA NAK MENULIS CERITA PULAK.HEHE...

Saturday, August 27, 2011

Bila dah suka,semua nak sama



Assalamualaikum.Pernahkah anda mengalami perasaan dimana bila kita suka seseorang tu,pasti kita nak ada persamaan dengan si dia.Kira ada link 'kimia' la.Sure ada punya.Tak perlu tak mau nak ngaku ni.Saya pun pernah ja rasa macam ni.Dolu-dolu la..Sekarang dah kurang or maybe tak ada. Cewahhh..Kononnya la kan.MENGAPA SAYA BERKATA MACAM NI..???

Sebab pertama...
Bila kita pakai baju yang sama,orang cakap kita ada 'link kimia' dengan dia.Kira ada jodoh la ni. Lepas tu,kita pun suka dan target hari apa dia pakai baju warna apa.Nampak macam poyo sikit tapi inilah kenyataannya ok.Sebab bila dah sama warna,nampak macam pasangan sejoli bak merpati.Ok2 saya mengaku saya pernah buat maca
m ni dulu.Time tu tak matang lagi. HEHE..

Sebab kedua...
Kawan-kawan kita akan kata kita ada jodoh dengan dia s
ebab selalu ja sama baju dengan dia. Ewww..memang la.Sebab dah tau dia pakai baju warna apa untuk sekian sekian hari. Saya pun pernah buat macam tu dan keberangkalian sama adalah tinggi sebab dia ada baju warna tu ja.HEHE..bila kawan kita cakap kita ada jodoh dengan dia,mula la pasang angan nak berkapel dengan dia and so on..huh!
Macam-macam hal laa..bila saya pikir balik yang saya pernah buat macam ni dulu,rasa macam budak cetek akal.Sekarang pun ada ja rasa-rasa macam tu tapi dah control.biasa la tu.Dah nama peringkat remaja.Mesti tak lari dari perasaan suka-suki ni.Semua orang pernah merasa macam tu ye..don't worry.hehe..

Saturday, August 20, 2011

Jangan sesekali kamu -Artikel iluvislam.com


Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.

Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya.

Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.

Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.

Jangan sesekali diri kamu mengatakan "aku cinta padamu" sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta.

Jangan sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.

Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah.

Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang beriman yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah.

Hati orang yang soleh itu mudah dan senang untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa takut akan azab Allah dan cinta kepada Allah...

Namun..

Hati orang yang berdosa itu susah dan payah untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa gembira dengan nikmat dunia dan lupa pada-NYA...

::Kredit to iluvislam.com

Thursday, August 18, 2011

Tetiba ja teringat.!aiseh.....

Hari ni nak cakap dalam 'aku' sebab kalau guna 'saya' dalam post ni,nampak skematik ja.HEHE.. aku banyak mengelamun ja hari ni.entah laa..aku sendiri pun tak tau.jadi semakin kronik bila dok sorang-sorang.mainan perasaan ja ni.Entah tiba-tiba ja teringat macam-macam hal yang menggamit kembali memoir dulu-dulu.Sebab sekarang ni semuanya dah berubah....

Aku teringat dulu-dulu masa zaman sekolah aku kat mrsm merbok.Banyak benda yang sedar tak buat lagi.Masa banyak dihabiskan dengan sia-sia.Entah mana perginya masa tu.tidor kot.maybe laa..haihh..ruginya bila pikir balik.Masa yang banyak dihabiskan dengan sia-sia tu alangkah baiknya digunakan untuk study for SPM.Maybe result gempak punya la..

Dulu aku banyak tak jaga hati kawan.Tak terkira banyaknya lahh..walaupun depa tak tunjuk, aku tau aihh..dah paham sangat-sangat.tapi kenangan yang dulu-dulu sus
ah nak dapat balik macam sekarang ni.memang rinduu gila time zaman sekolah..sapa yang tak rinduu kan..?rinduu cikgu2 jugak!HUHU...Tapi sekarang,masing-masing tengah mengejar kejayaan kat menara gading masing-masing. dan aku,kat pasum ni...meneruskan perjuangan aku kat sini..

Aku teringat mak ngan ayah aku pulak.asal aku rasa malas or rasa down semacam ja,aku teringat kat depa.banyak perngorbanan yang depa
dah bagi kat aku.kalau aku tak sedar diri gak,tak tau nak kata pa la kan.memang jenis tak sedar diri punya la..huhu..tekad nak skor n]belajar dan bawak balik kejayaan di sini..yeahhh!!

Tapi yang tak boleh blah,aku teringat jugak buku-buku SPM yang aku dah jual or senang cerita,dah dihantar untuk dikitar semula.memang hampeh la kan sebab aku baru tau betapa bergunanya buku-buku tu kat sini.sebab nak kena ingat balik basic kimia,fizik,add math dan biologi.Bila dah tau penting buku-buku tu,baru ter
gedik-gedik cari balik buku tu,PADAN MUKA!
p/s: benda yang lepas dan disiakan dengan begitu saja,jangan diulang balik pada masa sekarang...


Tuesday, August 16, 2011

alamak!terpengsan or terlelap..??


Assalamualaikum..hari ni hidup dilalui dengan kepayahan sikit sebab batuk yang terok dan suara mengalahkan Amy Search gamaknya.Tapi tu semua tak menghalang nak menuntut ilmu.ececeh.. semangat sungguh..!entah kenapalah saya ari ni jadi something wrong sikit..tak sikit,banyak kot. mau taknya..kuliah hari ni waktu petang,bajet macam tak pernah pi kuliah waktu petang ja. adussss...sebelom ni tak pernah jadik macam ni.tapi hari pecah rekod terburuk pulak...
macam mana la saya boleh ter'pengsan sekejap tadi dari pukul 2 sampai pukul 4..??maksud pengsan di sini ialah saya TERTIDOR..!ni kes serius..memang hari rasa menyesal sangat2 sebab miss kelas fizik dan calculus.memang sangat terbaek la kan.PADAN MUKA SANGAT2.. semalam study sampai calculus untuk test sampai pukul 1 ja pun.paling awal la tu.entah laaa... memang hari ni mata sangat berat dan tak boleh nak fokus.. malam ni nak tidor awal sebab dah habis semua tutorial..hehehe..harap tak tidor time kuliah lagi.menyesal weyh...!!

Wednesday, August 3, 2011

buat drama hindustan petang tadi


pic from ehsan yahoo!
Assalamualaikum..hari ni saya ada satu paper ja petang tadi iaitu paper algebra dan geometri. tak dapat nak kata apa-apa la sebab "senang sangat".haha..lawak ja.so apa kes buat drama ala-ala hindustan petang tadi ni?cerita tak lawak mana pon tapi saja gedik jugak nak tulis kat sini. mula-mula kami pi dewan exam tu,nampak langit cerah semacam ja.so conclusion awalnya ialah gerenti tak hujan ni.so tak payah bawak payung.nampak sangat pemalas tahap cipan kan,.bukan apa,susah nak jaga nanti,payung dah la sama dengan budak pasum yang lain.

Habis ja exam pukul 3.45 petang tu,kami nampak macam dah kelabu ja kawasan kat menara TM tu.sah la hujan dah datang dah.dengan semangat yang jitu,saya dan kawan berlari bagai nak raq (sungguh-sungguh) sebab tak mau kena hujan.ye la..takot demam,dah la minggu exam lagi ni. tapi malang tak berbau,hujan lebat doeh..dah tak sanggup tunggu lama-lama kat situ,kami ambik keputusan berlari balik ke kolej kediaman.dekat ja pon..so tak kisah kalau nak berlari.nak berjalan pun boleh..ingatkan kami berdua ja buat kerja gila ni,ramai jugak yang berlari-lari macam tengah menyelamatkan diri dari bom ja..tapi serius lawak.first time berlari dalam hujan. sebelum ni ada laluan berbumbung..hehe..

Nak pesan sedikit ja..kereta-kereta yang tengah dipandu tu kalau nampak pejalan kaki nak melintas jalan terutama waktu hujan,beri la peluang supaya depa melintas dulu.tak lah basah kuyup tunggu kereta or apa-apa ja jenis kenderaan lain berhenti,baru boleh melintas..tak kesian kat kami ni..???huhuhu....dah la tak ada laluan berbumbung nak balik kolej.kalau tak bawak payung time hari hujan,memang naya la jawabnya..so dats for today.tq for reading my post..(^^)

p/s:tak ada kaitan dengan drama hindustan mana-mana pun.saja buat gimik lebih..hehe..


Tuesday, August 2, 2011

stress sebab kimia dan fizik!

Assalamualaikum..ya hari ni exam kimia basic 2 dan fizik basic 1.subjek yang memang saya rasa nak pecah otak sikit buat.paper kimia waktu pagi.waktu yang sangat sesuai nak buat kimia. sesuai la sangat-sangat kan.hehe..soalan nampak macam senang tapi bila masuk nak mengira apa2 entah,mula serabut jap kepala.haha..time buat latihan dalam buku boleh pulak.haishh... poblem..huhu..kalau bab teori,memang la boleh jawab sebab memang dah ada dalam kepala.tapi bila putar belit sikit soalan,mula dah pening.macam mana saya nak buat time final nanti..?

Habis kimia,paper fizik pulak waktu petang..waktu yang agak kritikal untuk saya sebab time ni mudah nak terlentok sikit.tapi fizik punya hal,mata terus jadi segar sangat-sangat.hahaha... sekali lagi jadik gila sebab TERLUPA FORMULA YANG PENTING!mula la dok garu kepala yang tak gatal sebab cuba nak try ingat formula balik yang dah hafal berjela-jela.kalau dah tak boleh nak ingat tu,memang frust ngan geram la jawabnya.terus rasa macam nak telan ja paper fizik tadi.haisehh..terlupa pulak bulan puasa sekarang.hehe..

Tapi maybe salah saya jugak kot sebab tak prepare betul-betul 2 subjek ni.memang tak boleh nak kata apa-apa la kalau tak boleh nak jawab kan.PADAN MUKA SANGAT-SANGAT!hahaha... ok dats for today..tq reading my post...(^^,)

p/s:doakan sakit gigi saya cepat sembuh sebab tak boleh nak bukak mulut luas-luas bila nak makan. hehe...

Monday, August 1, 2011

kisah yang menguji kesabaran di awal Ramadan

Assalamualaikum..ya selamat berpuasa muslimin dan muslimat sekalian.saya memang sibok dengan exam midsem yang tengah berlangsung sekarang ni.so memang kena study hard la walaupom midsem ja pom.tapi penting jugak taw.jangan ingat tak penting.so hari ni 1st day Ramadhan. saya dan kawan-kawan nak pi bazar ramadan dekat dengan uia.memang dekat ja kalau naik teksi. tetiba ja rasa nak pi sana walaupun kat kafe pun ada ja makanan yang dijual.memang ramai la orang.tambah ramai dengan bebudak uia kat sana.ye la..delat sangat dengan tempat depa tu. senang ja kalau nak pi.tapi saya ni jauh sikit la..yang betul-betul menguji kesabaran kami bila time nak balik ke um balik.TAK ADA TEKSI MAHUPUN BAS YANG BERSIMPATI DENGAN KAMI..!

Hampir setengah jam jugak la kami termenung di tepi jalan sebab nak cari teksi atau bas rapid. dah tak tahan nak menunggu,kami jalan kaki la balik um.taw tak betapa jauhnya jarak tu..? memang perit la dengan kekuatan yang tinggal sipi-sipi ni.tapi oleh sebab nak balik cepat sebelum berbuka puasa,kami jalan dengan penuh sabar..sebab kesabaran kami ni,ada la jugak bas rapid yang lalu.walaupun bas tu tak masuk dalam sampai um,tapi kami tetap bersyukur. dari gate besar utama um,kami berjalan sampai ke kolej kami.memang tengah jalan nak balik tu,kami dengar azan maghrib menandakan dah boleh berbuka puasa.memang bukak puasa tepi jalan la jawabnya..hehe..

tapi itulah pengalaman 1st day kami puasa kat um ni dan jauh dari famili..sedih tu memang sedih tapi nak buat macam mana.ok dats for today..tq for reading my post..!

Sunday, July 3, 2011

hujung minggu yang best!

Hari minggu memang saat yang dinantikan.sebab boleh rest sepuasnya.HAHA.. tapi semalam saya dan 2 orang lagi kawan,Adawiyah dan Sue pi singgah rumah makcik Pah-rumah makcik saya.macam besalah,kami pagi2 lagi dah tercegat tepi jalan nak tahan teksi yang lalu.dalam dok menunggu tu,ada saja mata yang tengok kami bertiga.nak kata kami pakai baju over-branded,kami pakai t-shirt ja.sebab kami cute kot..uwekksss...

saya menyesal tak bawak pisau sebab bol
eh dijadikan senjata pertahanan diri andai berlaku apa2 nanti.tapi alhamdulillah..kami selamat sampai rumah makcik pah.walaupun tambang teksi agak mahal.memcecah RM 20 ringgit jugak la.sebab kami agak bengang dengan teksi pertama.untuk pengetahuan, kami naik 2 teksi. sebabnya....:

teksi pertama:minyak dah nak habis.takot stuck kat jalan nanti.so dia suruh kami turun di tepi jalan dan jalan sendiri pergi rumah makcik.hahh.??kami tahu dia tak tahu way nak pi rumah makcik kot.sebab tu driver tu bagi alasan yang tak munasabah..kalau dah tahu tak ada minyak,kenapa tak isi awal2..?hurmm...

setelah makan2 kat rumah makcik pah,kami balik kolej kediaman kami lebih kurang pukul 1.30 ptg.sebab ayah saya nak mai melawat saya pulak..yahoo.. bezz kot.kami pi tesco dan beli barang makanan yang banyak.sebagai stok simpanan ketika waktu kritikal (sebenarnya untuk ketika malas nak turun beli makanan kat kafe.huhu). tapi serius,saya rinduu famili saya dan kawan2 kat km kulim..menghitung hari nak balik kulim ni..heheheeheee...