Saturday, January 25, 2014

#4 Story: Eww..muka zaman hingusan!




Assalamualaikum..

Sejuk betul cuaca la ni. Pukul 10 pagi pun, terasa macam pukul 2-3 pagi. Aku kadang-kadang pakai stoking dalam bilik. Pastu, sanggul kepala.Dah nampak gaya berpantang derr.. Haha..

Aku suka flashback memories dedulu.. Memang betul la jiwa aku macam era The Beatles. Tak sangka terjumpak gambar masa sekolah kat MRSM dulu. Muka budak-budak habis. Ehh memang la.. nama pun budak sekolah. Aku curik gambar2 ni kat page group geng aku. Ececeh..bukan gang sangat la tapi bestfriends.




Nampak tak muka excited tuu? Maklumlaa.. dah merdeka habis SPM. Yeahh!! But now, semua dah terbang bawa haluan masing-masing. Aku sendiri tak cukup kaki tangan nak habiskan study aku ni. Penat tapi tu la dugaan dalam hidup ni.




Kami kawan baik sejak Form 4. Homeroom kami pun dekat-dekat ja (CA09 & DA09). Kalau ada event yang melibatkan aktiviti dengan homeroom, mula la masing-masing gaduh-gaduh manja tapi sekejap je la gaduh pun. Sapa tak sayang homeroom beb..Hehehe

(Homeroom = keluarga pelajar)

Hajar = UTeM
Asmieza  = UiTM Merbok
Izana = UiTM Pulau Pinang (dah habis praktikal. Tunggu nak graduate)
Wanie = UKM
Fatin Fitri = University of Alexandria, Mesir.
Aku = tercampak di UiTM Pulau Pinang




Time kat maktab, kami jaga sesama kami. Study, makan, jalan-jalan, gaduh.. semua buat sama-sama. Asal malam hujung minggu, lepak makan maggi sambil bergosip. Kadang-kadang kalau homework or latih tubi subjek banyak sangat, memang bertapa dalam kelas sampai malam. Aku prefer study dalam bilik aku ja. Haaha..






Seriusly..ni suma memory ok. Masing-masing dah besaq panjang dan boleh kahwin dah pun. Jangan lupa jemput aku sudeh ye. Fighting dude! Jangan lupa persahabatan kita. Terima kasih sebab sudi jadi kawan aku time susah dan senang. Love you all :-*

Pictures credit to Asmieza ^^,

p/s: Semua gambar diambil time habis last payperrr SPM (2010) .. muka hepi tapi dalam hati, sedih ja beb sebab nak berpisah dah..  TT..TT

Sekian.. Assalamualaikum.. :)

Baca ini jugak!

#1 Story: Merbok...Here I Come!

#2 Story: Tugas sebagai Pelajar bermula!

 #3 Story: Form 5 yang super busy + Sukan pertama!

Thursday, January 9, 2014

On the way to change myself..weheee!




Assalamualaikum..

Entry pertama untuk tahun 2014 ni, aku saja ja nak tulis pasal kehidupan aku sekarang ni. Aku rasa aku tengah mengubah diri aku ni. Maybe ke arah yang lebih baik kot. Perasaan yang dah macam budak tak cukup umur pun, aku dah lempaq jauh-jauh. Belajar untuk jadi matured. Selama ni still perasan diri ni masih budak-budak lagi. Ngeh3..

Sem 4 ni sem last aku belajar sebelum aku pi praktikal. So kena prepare mana yang patut. Sebab agak tough la nanti life time praktikal ni. Senior aku yang cakap macam tu. Hahaha. Memang busy habislah life aku la ni. Berkajang-kajang assignments dengan test yang berlambak jugak. Lecturer aku pun dah mula terapkan style budak degree kat kami. Serius buat aku cuak ja bila nak sambung degree nanti TT..TT


Aku kalau boleh nak selalu update blog tapi wifi selalu cari pasal dengan aku. Sikit-sikit disconnect. Buat aku bengang ja so better aku tak payah online terus. Hehe. Ngada2. Nak buat camna, wifi dan aku berpisah tiada. Ececeh.. 




Aku ada misi untuk tahun ni. Nak habaq kat hampa semua pun malu so nanti je la ehh. Kalau dah berjaya nanti, akan aku khabarkan kat hampa. La ni dalam proses lagi. Memang ambil masa sikit la tapi kalau ada keazaman yang tinggi, InsyaAllah boleh punya capai misi tu. Iyolaa.. nanti nak kahwin,mesti la kena kelihatan berseri kan. Saja aku tak letak gambar aku yang betul. Nak kasi suprise nanti. Haahaa.. Bajetnya =..="





Saja la aku nak habaq kat hampa. Aku dok layan gila lagu Aku Cinta by Affin Aizat. Lirik dia tu memang ada makna la. Ke aku yang terlebih jiwang di sini? Apa-apa je la.. Ni sebab tertengok cerita Cinta Pandang Kedua time cuti midsem la ni,terus terpikat dengan lagu tema dia. Siap letak kat blog lagi tau. Nak dengar, play ja ok :))




Aku Cinta - Affin Aizat


Saat pertama bertemu
Saat aku melihatmu
Tak terlintas di hatiku
Kau kan jadi milikku
Bisik hatiku padamu
Mengapa ia bertanya
Apakah diriku mampu
Mampu menjadi milikmu
Aku mencinta dirimu
Aku mencinta dirimu
Tanpamu di sisiku
Hidupku tak bererti
Aku mencintaimu
Aku mencintaimu
Rindu takkan berhenti
Tiba waktu mengenangkan semula
Saat manis kau menjadi milikku
Berjanji
Bawakulah selamanya mengharungi
Suka duka indahmu
Aku cinta aku cinta kepada dirimu
Aku cinta aku cinta kepada dirimu


Sekian tu ja kot. Mekaseh singgah sini. Assalamualakum :))


Wednesday, January 1, 2014

Tuesday, December 31, 2013

Butterflies fly at header!



Assalamualaikum..

Nampak tak kat header aku ada rama-rama tengah terbang? Ececeh..konon la blog aku ni taman bunga. Hehehee..

Thanks to Dieyla sebab buat tutorial tu. Excited kemain aku nak letak jugak flies butterflies kat header. Kira nampak la baru sikit blog aku ni. Nak tukar blogskin malas la pulak sebab tak dak masa nak godek-godek coding ni. 

Nak letak rama-rama jugak kat mana-mana blog hampa, boleh la pi jenguk SINI.

Credit to her..Thanks! ^^, 

Friday, December 20, 2013

Plastik ke muka "ullzang" girl??



Assalamualaikum...

For those yang memang kaki tengok drama korea or kpoppers ni,of course tau pasal "ullzang girl" kan?? Terutamanya Sasaeng fan sebab banyak ullzang girl yang kena gossip dengan idol diorang.. ewwwww..


Ullzang (Eoljjang in Korea) ni maksudnya "best face" or "good-looking". Mostly ullzang girls or boys ni model sebab muka diorang yang "cute" tu..asli ke or plastik?? Hahahaa.. aku tak tau sebab tak pernah ambik tau pun.




Aloloooo..tomeynyerr.! But seriusly macam anak patung hidup kan? Tak payah terkejut la sebab sekarang ni dah jadi trends girls or boys kat Korea dah mula buat pembedahan plastik just untuk nampak macam idol diorang! Tak bersyukur betul dengan anugerah yang ada..




Gambar kat sidebar aku ni pun ullzang girl jugak.. Hehehee.. Saja gedik bajet cute kononnya.. -_-"

Motif post ni bukan nak promote diorang just nak gitau,muka cantik tapi perangai buruk, tak dak maknanya jugak sebab keperibadian tu yang orang tengok. 

Pembedahan plastik tu HARAM ye kalau saja-saja untuk kelihatan cantik tapi DIHARUSKAN kalau ada sebab yang boleh diterima,contohnya muka terbakar sampai tak nampak wajah sampai orang pun takut nak tengok. Aku dah tanya ustaz aku pasal ni dan kebetulan aku pernah buat presentation pasal 5 Asas Qawaid Fiqhiyyah.. Kalau nak tau lebih jelas, boleh rujuk mana-mana orang yang lebih arif pasal hal ni.

Sekian tu saja.. Assalamualaikum.. :))

Jadilah diri sendiri..Itu lebih baik.. ^^,




Musuh yang perlu dihapuskan!



Assalamualaikum..


Pagi-pagi camni,aku rasa macam nak tulis satu benda yang dah sememangnya dah basi. Tapi basi-basi pun, still ada orang yang tak tahu ataupun sengaja buat tak tau. Bila dah terkena, baru la nak kata,

"Oh,menyesalnya.. Kalau la aku... bla..bla..bla.."

"Kalau dulu aku berhenti awal-awal,hidup aku akan..bla..bla..bla.."

Ya aku nak tulis pasal merokok. Oleh sebab aku ni amik kos kesihatan persekitaran, ada subjek berkaitan dengan Health Education and Health Promotion. Memang educate orang ramai untuk menjaga kesihatan mereka yang berharga tu.





Bila merokok, macam-macam penyakit boleh dapat. Penyakit yang kronik pulak tu. Bila dah kronik, memang susah nak diubati sebab dah kritikal. So better berhenti awal-awal kalau tak mau kena penyakit macam tu. Ingatlah orang tersayang.. Hidup ni cuma sekali dan hargailah selagi masih ada peluang :)

Oh yea.. for those yang kaki merokok tu, better check out pasal jenis-jenis rokok yang korang hisap tu. Mana tau rokok tu tak sah. Bila tak sah, konpem banyak bahan yang terlarang dan sangat bahaya untuk kesihatan. Boleh check kat -----> SINI

Rokok tu tak dak maknanya boleh release tension.. Hapuskan ia sebelum terlambat!

Sekian itu saja dari aku. Nanti aku sambung tulis balik. Nak siapkan assignments sat :))

Assalamualaikum...


Nak menang Samsung Galaxy terkini dengan percuma?? Jom join contest dengan Digi di SINI!

Wednesday, December 18, 2013

Dah cuti mid-sem oiiii!!



Assalamualaikum..

Tudiaaa..baru terasa nak tulis kat sini. Selama ni buat tapeduli je. Time aku menaip ayat ni pun aku blurr tak tau nak tulis apa.. Poblematika betul la! Hehehehee...

Ok esok dah start cuti midsem! Pergghh...cuti 2 minggu ja tapi assignments yang aku dapat ni banyak jugak la. Sampai kena buat list takut terlupa time cuti ni. Maklumlah, nama pun cuti kan. Mana nak ingat kerja-kerja assignments ni. Hahaha.

Ohh yeah.. Saja la gedik nak habaq ni.Aku ada buat satu blog baru khas untuk join GA or contest. So kalau ada sapa-sapa yang nak ajak aku join,boleh la pi tinggalkan link kat SINI . Memang tak campur la dengan blog a.k.a diari aku ni. Eececeeh.. diari la sangat -_-"




Ok yang tu ja kot nak tulis hari ni. Banyak benda nak tulis tapi tak tertulis kat sini. Lain kali la. Cuti mid-sem ni pun dah tak macam cuti je. Hehehe.. nak cuti banyak-banyak, buat universiti sendiri la,kan?? Kekekeee..

Sekian.. Assalamualaikum :))





Saturday, December 7, 2013

Tahniah bro Kimi Jamai!


Assalamualaikum..

Aku tak dak apa nak cerita kat sini just terkejut bila bukak fb tadi. Kimi Jamai masuk newspaper! Tahniah la bro. Tabik sama lu sebab lu suka English tapi aku dak pun. Hahahaa.. Moga-moga cita-cita yang diimpikan tercapai. InsyaAllah.. :))

Hebat2 semua kawan-kawan aku ni. Bangga sat dengan hampa semua.Huhuhuu.. ^^,

Sumber

p/s: Aku bila pulak kan nak masuk newspaper ni..hahahaha *berangan je la*



En.Stress mula nak rapat dengan aku -_-"



Assalamualaikum...

Stressss! Bak kata Kang Gary (Running Man)..

Tau la dah masuk tahun kedua ni tapi masa still aku tak pandai nak adjust sendiri. Rasa nak berubah jadi lagi rajin tu ada tapi poblem aku sekarang,aku selalu ja letih dan tidur awal. Cehhh..memang tak study la jawabnya.

Assignments memang aku tak mau kata apa-apa sebab sentiasa beranak-pinak sampai tak sempat aku nak siapkan satu-satu. Aku redha sebab ni la cabaran sebagai seorang pelajar. Nak berjaya,kena berkorban sikit.

InsyaAllah,sem ni memang banyak aktiviti yang best. Sekali lagi aku kena buat paperwork untuk lawatan akademik dan program orientasi dengan juniors tapi dek sebab ada hamba Allah yang baik hati nak tolong,aku serahkan paperwork kat dia dan aku just jadi penolong pengarah program ja. Sebab aku pun busy dengan hal sendiri.. Thanks so much bro! ^^,

So,En Stress..mohon shuhh jauh2 dari aku.. Aku nak diet ni. Bila aku stress,aku melahap banyak doeh.Hahahaa..poblem2

So sekian..Assalamualaikum :)


Saturday, November 16, 2013

Omelan ambe je ni -_-"



Assalamualaikum and annyeonghaseyo!


Aku tengah belajaq pasal Japanese languange la ni. Baru belajaq pasal Hiragana. Susah bak ang! Macam mana la budak yang pi further study kat Jepun ni boleh kencang study kat sana. Hahaha.


Saja ja aku study Japanese languange ni. Mengisi masa lapang yang ada. English aku pun terok lagi,ada hati nak study bahasa yang susah. Hehehe. Aku jeles sebenaqnya kat kawan-kawan yang dah boleh kuasai banyak bahasa seperti bahasa Jerman, Mandarin, Korea, France.. termasuk bahasa Arab. 

So aku try la study sikit-sikit bahasa ni even memang susah daripada jangkaan aku. 





Lagi seminggu lebih ja cuti sem aku dah nak habis. Dulu mulut cakap boring la dok lama-lama kat rumah,tapi la ni aku pulak yang tak mau balik kolej. Isshh..tak mau la cepat sangat mengadap notes ni. Seperti biasa, sem 4 ni kena amik 8 subjek lagi. Kira ok la dah tak dak kokurikulum,subjek BEL dan CTU. Heheeheheee ^^,

24 November ni aku ada test JPJ untuk lesen kereta. Wahh aku baru nak amik lesen. Baru ada masa free doeh. So doakan aku supaya lulus dan pegawai JPJ tu tak banyak songeh dan garang. Hahaha. 


So sekian saja coleteh ambe untuk hari ni. Assalamualaikum :)


p/s: Tak sangka best jugak lagu Rindukanlah by Encik Mimpi. Baru tergerak hati nak try dengaq. Hehehe..