Monday, October 29, 2012

Rumah seperti Terumbu Karang!

Assalamualaikum..

Pernah dengar pasal rumah yang dibuat daripada antena?Seperti biasa,aku ada terjumpa satu artikel ni.So tak salah kalau nak berkongsi.Kan3??Memang aku teruja habis laa.Lawa kot rumah tu.Meh aku nak cerita pasal benda ni.

Vincent Callebaut telah  mencipta satu perkampungan eko bersifat utopia untuk 1,000 keluarga Haiti yang terjejas pada tahun 2010 akibat kejadian gempa bumi berukuran 7.0 pada skala Richter.Kampung ini dipanggil "Coral Reef" kerana bentuknya yang berilhamkan terumbu karang.Setiap keluarga akan mempunyai satu plot tanah untuk menanam makanan mereka sendiri. Ngarai mengalir di antara dua baris perumahan dan dipenuhi dengan ekosistem tropika untuk fauna tempatan dan flora.Hebat kan?Memang syok ja aku dengar.

Lagi satu, setiap kontena tidak bercantum antara satu sama lain secara kekal.Sekiranya terjadi tsunami,rumah-rumah ini boleh terapung di permukaan laut!Eco Village ni boleh menggunakan tenaga lautan untuk membekalkan elektrik.Air yang dah digunakan oleh penduduk akan ditapis dan diproses sebelum dialirkan ke laut supaya dapat mengurangkan pencemaran.Rupa bentuk rumah-rumah ini bengkang-bengkok dan tidak teratur.Vincent Callebaut berpendapat rupa bentuk macam ni boleh mengurangkan kerosakan akibat gempa bumi.So dah tau pasal eco village ni?Meh kita tengok gambar rumah-rumah ni pulak.







Ok yang tu ja aku dapat kongsikan.Seminggu lebih aku tak dapat nak online nanti sebab terlibat dengan satu kerja survey kat Penang.Memang busy nanti.So rajin-rajin la singgah belog guwa ni.Tak la sunyi sangat kan.Hehe..ok bubyep ^^,

Monday, October 22, 2012

Mesin Pencetak Makanan 3D

Assalamualaikum

Hai.Hari ni aku nak kongsi pasal satu mesin yang boleh cetak makanan yang kita nak!Ok aku terbaca pasal ni dalam satu majalah sains (adik aku punya majalah lagi) dan benda ni sangat-sangat menarik untuk dikongsikan.Zaman dah semakin canggih dan dah buat manusia malas nak masak sendiri. Mesin yang dimaksudkan ialah pencetak makanan 3D.

Profesor Hod Lipson dari Universiti Cornell di New York dah buat satu kajian pasal pencetak makanan 3D ni bersama-sama dengan sekumpulan pelajar sejak tahun 2007.Kira agak baru la jugak kan.5 tahun..Pencetak makanan 3D ni menggunakan satu sistem eletronik baru yang bernama FabApps (boleh bezakan jenis-jenis ramuan dan ikot arahan untuk mencetak makanan yang enak).Yang lagi superbkan,pencetak makanan ni boleh diprogram untuk menghasilkan makanan yang lebih sihat mengikot keperluan rasa dan sukatan.


Lagi ok,kita boleh ambil resepi dari internet dan cuba resepi tu guna pencetak makanan ni!Perggghhh...Mereka sedang mengkaji lebih banyak cecair ramuan makanan supaya lebih banyak makanan boleh dihasilkan.Benda ni jugak tak perlukan gas memasak dan api.So, memang memudahkan proses nak masak.Seperti gambar di atas,pencetak makanan ni guna cecair ramuan yang disimpan dalam picagari untuk membuat makanan.Mesin ni dah berjaya dalam pembuatan biskut,kek keju dan mi.



Pencetak makanan 3D ni masih dalam kajian.Tetapi prestasinya diyakini akan bertambah baik dan menjadi popular dalam kalangan famili yang tak ada masa untuk memasak.

p/s: Aku rela masak sendiri biarpun tak sedap!HEHEHE...

Sunday, October 21, 2012

Tumbuhan tanpa KLOROFIL??

Assalamualaikum..

Hai.Pernah dengar tak pasal tumbuhan tanpa klorofil?Well..aku pun baru tau ja pasal tumbuhan ni lepas baca majalah sains adik aku punya.Ok darjah 3.Haha.Ehh menarik tau baca majalah sains tu.Aku macam celik akal sikit.OK meh aku ceritakan pasal tumbuhan ni.

Monotropa uniflora juga dikenali sebagai Ghost Plant, Indian Pipe or Corpse plant yang tergolong dalam keluarga Ericaceae.Nak tau tak,tumbuhan ni berasal kawasan sederhana di Asia, Amerika Utara dan utara Amerika Selatan, tetapi dengan jurang yang besar antara kawasan.Tumbuhan ni adalah putih dan tidak mengandungi klorofil, sebaliknya menjana tenaga dari cahaya matahari.Ia adalah tumbuhan parasit, lebih khusus kepada Cendawan heterotroph.

Oleh sebab tumbuhan ni tak bergantung kepada cahaya matahari untuk berkembang, ia boleh membesar dalam persekitaran yang sangat gelap dalam understory hutan tebal. Tumbuhan ni kadang-kadang sepenuhnya putih tetapi biasanya mempunyai tompok hitam dan warna merah jambu pucat.Kelainan yang jarang berlaku ialah mungkin mempunyai warna merah yang mendalam.

Ni contoh-contoh Monotropa uniflora..







WAITING FOR BIGBANG NOW!

Assalamualaikum

Hai u ollz..bulan ni memang bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua para VIP! Yessss.. BigBang nak mai dah..!


27 Oktober 2012



Aku yang excited terlebih padahal tak pi pun.Walaupun aku jadi fan sejak depa debut lagi,tapi aku tak dapat pi jugak.Bukan apa,duit guwa kedekut sikit nak beli tiket mahal-mahal ni.Hahaha..tak apalaahh..Aku tengok kat youtube la nanti.Huhuu..

I'm singing my blueeee...... :p

VIP --> nama fan untuk BIGBANG
Kuning & Hitam --> warna lightstick bentuk mahkota


G-DRAGON,TOP,TAEYANG,DAESUNG,SEUNGRI!!!

Thursday, October 18, 2012

Aku pun nak terbang jugak...

Assalamualaikum..

Hai.Aku memang tak sihat ari ni.Ni akibat termelantak daging cincang masak bbq,kepala aku pusing-pusing ja.Darah naik la tu.Dah agak dah.Ni bukan kes aku pening kepala,then aku nak terbang.Haahaha..aku nak terbang ke oversea macam kawan-kawan aku yang lain.
Walaupun aku tau agak mustahil tapi di mana ada kemahuan,di situ ada jalan.

credit to google

Aku ni jenis kuat jeles dengan orang lain.Senang cerita,kuat dengki.Tapi dengki aku tu benda yang baik sebab aku jadikan sebagai dorongan untuk jadi macam diorang.Tak sampai musuh-musuh ni.Tak baik kannnnnnn....hehe.Ramai dah kawan-kawan aku ni fly sambung study kat merata ceruk dunia ni.Masing-masing tengah dok mencapai impian masing-masing. Doktor la..engineering laa..arkitek la..memang hebat kawan-kawan aku ni.Proud to all of you.Harap-harap ada la rezeki nak jejak kaki kat luar negara macam hampa semua.Even time tu hampa semua dah graduate dan balik Malaysia.Tu kalau da yang nak balik.Haha.

Ok itu ja.Pray for me.Maybe 4 or 5 years lagi.Siapa tau kan?Jika diberi rezeki dan umur yang panjang,bolehlaa aku terbang nanti.Hahaha..ok bubyep

Assalamualaikum...

Wednesday, October 17, 2012

Aku Menyesal

Assalamualaikum

Cewahhh..tengok tajuk tak boleh blah!Hahaha..ok memang aku menyesal.Menyesal sebab buat sesuatu benda tu tanpa pikir dahulu.Main sedap ikot hati ja.Last-last,mula la dok menyesal tak tentu hala.Pa benda la yang aku dok menyesal la ni?Ok note-note masa aku study kat pasum dulu.Aku dah jual kat kitar semula dan sekarang,aku dok terhegeh-hegeh cari balik untuk study. -_-"

Arghhh...memang aku ni letak akal kat kepala lutut la time tu.Aku bajet macam dah tak guna semua note-note tu.Senang hati ja aku kumpul,letak dalam kotak,dan bagi kat mak sambil kata,"Mak,dah tak guna semua ni.Semak bilik ja.Nanti nak tambah dengan buku baru.Mak jual la.Hehehehe,".Last2....amik kawwww..!!



p/s:Nothing I can do now to get back all my notes. *padan muka aku*

Tuesday, October 16, 2012

True Friendship vs Love

16 Oktober 2012

Assalamualaikum

Hai.Hari ni aku berjaya lukis dua tiga watak manga.Lawa la jugak aku tengok.Tak macam muka alien dah.Haha.Ok abaikan ayat bajet bagus tu.Focus to our point right now.Ok why true friendship vs love? Let me tell u ollz...it is my story..

p/s:Entry ni panjang benor sebab tulis dengan penuh perasaan.Harap maaf ya kalau sapa yang mudah jemu tu ^_-

Aku ada seorang kawan ni.Memang kami kawan baik.Kira kamceng gitu.Sejak bila kami berkawan,itu adalah rahsia.Bila aku dapat tau aq ni se'u' dengan dia,excited ok!Tak sangka akan jumpak balik.Satu fakulti pulak tu.Tapi aku ingatkan panas sampai ke petang,upanya hujan time tengah hari.Mula-mula aku ingat aku nak rapatkan balik persahabatan kami tu.Iyelaa..dah lama tak jumpak.Contact pun memang jarang gila sebab masing-masing bz.So akan rasa awkward semacam bila jumpa.Aku silap la.Kami dah tak boleh serapat dulu lagi. Sebab dia dah ada someone else yang special.Ok kawan aku ni perempuan yep.Agak2 la kan,apa la yang terjadi?

Sedih?Adaaala sekit-sikit.Dia selalu dengan pakwe dia.Kemana pun,asyik berdua ja.Pi Jusco,berdua jugak.Sejak aku masuk situ,tak pernah la nak ajak aku lepak keluar sama-sama.Makan2 ka macam kat sekolah dulu.Pi mana-mana ja,mesti bersama.Ok aku terlupa satu benda.Manusia kan senang berubah.Aku tak jeles sebenaqnya dengan kawan aku tu. Aku hepi sebab dia bahagia sekarang ni.Kalau jumpak,still senyum2,tegur-tegur tapi memang dah tak macam dulu.Kalau dia tu kawan biasa ja,aku tak kesah.Tapi dia status kawan baik aku.Lain tu..kadang-kadang terasa la jugak hati ni.Aku still ingat lagi kata-kata dia dulu. Tak perlulaa aku nak hurai kat sini.Sebab bertentangan dengan apa yang dah jadi sekarang ni. Dulu ayat time budak sekolah,boleh la cakap macam tu -_-"

Couple2 jugak..tapi jangan sampai lupa kawan.Kalau susah ka,sedih ka,merajuk dengan pakwe ka,hang cari kawan jugak.Hakikatnya memang macam tu.Ada yang baik sikit,luah kat parents.Tapi sure ke bab2 poblem dengan kekasih ni luah kat parent?Konpem kena hentam nanti.Hahaha..aku tau masing-masing ada kehidupan sendiri.Termasuk aku.Dan kawan aku tu.Asalkan dia tak lupa dia still ada kawan yang sentiasa ada dengan dia time dia perlukan nanti :')


Saturday, October 13, 2012

This Will Make Me Faint!

Assalamualaikum

Aku berjaya habiskan semester ni aku dengan jayanya.Alhamdulillah,final exam pun aku boleh jawab walaupun errrrrr....last payyyperrr Anatomy tu aku agak KO sikit.Memang kepala aku bukan kepala budak medik la.Nak hafal segala segenap penjuru tubuh badan manusia.Aku harap aku tak repeat paper la untuk subjek ni.Lepas habis exam tu,aku semak la senarai subjek untuk sem depan.Perghhh..parah gila!Suma subjek utama yang aku sangat-sangat la tak boleh nak pi!Memang sem depan aku tak boleh nak main banyak sangat macam sem ni.Banyak baca novel grafik.Hehehe..

Senarai subjek sem depan:
Pre Calculus
Introduction to Organic Chemistry
Physic for Environmental Health
Epidemiology and Biostatistic
Water Supply
Introduction to Hydrogeology
Islamic Thought and Civilization
Preparation Course for Muet

See??Calculus,Organic Chemistry, and Physic?????Memang aku fobia la dengan subjek ni.Sebab dulu aku susah nak skor.Time lecturer paham gila.On da spot boleh jawab soalan yang lecturer kasi.Tapi bila buat tutorial,memang kusut kepala aku beb.Pakcik Google la jadi peneman aku bila buat tutorial ni.Sekarang,aku kena buat revision balik.Harap kawan-kawan aku masa kat pasum dulu boleh tolong aku.Hahahaa..mau tak depa?

Sebab dulu sebelum masuk kelas tutorial fizik,memang dalam beberapa minit ja boleh siapkan tutorial fizik yang dah bagi seminggu sebelom tu.Memang pakcik kedai fotokopi tu macam dah tau kami nak buat apa.Haha..Bila teringat apa yang kami dah buat dulu, memang boleh tergelak sorang-sorang.Tak sangka kami nakal dulu.Calculus?Kami boleh survive lagi dari fizik ni.Organic chemistry?Hahaha..separuh pengsan kami buat. Kalau tak bertapa kat tingkat 8 depan lift tu a.k.a penthouse kami,memang tak siap kerja kami ni.Mata pun dah kalah mata panda.Selalunya aku suka amik kesempatan.Tidor sambil tunggu turn dapat copy.opppsss...meniru tu pun satu pembelajaran tau!Hahaha

Ok guys and ladiez..setakat tu ja.Aku harap aku boleh survive untuk sem depan dan tak dak subjek yang KO nanti.Lagipun aku dapat sebilik dengan kawan-kawan kos aku.So senang sikit nak study sama-sama.Orait..adiozzz..

Wasalam :)


Oh girl!

13 Oktober 2012

Assalamualaikum..

Hai.Sebelom aku bergebang dengan lebih lanjut,aku nak tau,ok tak warna pink blog aku ni?Aku sebenaqnya tak tau la macam mana boleh terlepas warna pink kat blog aku ni.Haha.. ok so dengg tak boleh blah!Apa-apa pun,aku ok ja :)

Aku tak mau bergosip-gosip ni sebab tak baik tau.Tapi bila lama-lama aku tengok,sangat over la budak sorang ni.Pada pendapat aku,dia macam nak menunjuk yang dia tu budak UNIVERSITI.Ok aku tau la kawan-kawan dia yang lain tak dapat sambung u macam dia.Termasuk la adik aku tapi sekurang-kurangnya adik aku sambung form 6.Nanti result bagus,sambung degree meehh.Kalah aku beb.Hehe.Budak ni pun kawan adik aku.So aku tau la.Sapa suruh add aku.Kan dah kena.Haha.Aku tak stalker la fb budak tu.Post tak henti-henti.Sampai home fb aku tu,nama dia ja yang naik.

Orang lain pun belajar u jugak,assignment bertimbun-timbun kalah KLCC tu tak update la status setiap jam.Test memanjang tiap-tiap hari,tak kecoh pun.Tapi budak ni lain macam sikit.Aku tak tau la problem dia apa.Dah la universiti dia pun berjiran dengan kampus aku kat Bertam tu. Bezanya,aq IPTA,dia IPTS.Ok fine.Maybe dia teruja kot.Culture shock pun boleh jadi jugak.Tapi kalau gaya asyik cakap benda yang sama ja,bukankah nak menunjuk tu??Sampai adik aku "no komen"..Budak tu pun tak mau masuk form 6.Malu katanya.Yang ni aku naik hangin sikit.

"Masok form 6 tak bermakna orang akan ingat kau tu tak pandai''.Tu semua old thinking la. Kalau asyik pikir pasal orang lain,susah jugak.Tapi kalau aku la,better masuk form 6 tu daripada ipts.Aku tak kata masuk ipts tak boleh tapi aku tau yuran dia gila argghh mahal. Kalau famili sederhana macam aku ni,memang aku reject habisan la.Aku kalau boleh memang nak masuk form 6 tapi tak boleh.Sebab aku dah dapat matrik.Iyo ke macam tu?Apa-apa ja la.Asalkan aku dah dapat sambung belajar dalam kos yang aku suka jugak. Adalah kos tu dalam top 5 pilihan aku.Hehe.Ok dah melalut cerita pasal aku pulak.Back to da story.

Aku harap sangat jangan la buat macam tu kat kawan-kawan yang lain.Even depa like status tu tak bermakna depa suka beb.Sebab atas dasar kawan,depa pun tumpang hepi untuk kawan-kawan yang lain.Cuba pikir balik perasaan kawan-kawan yang tak dapat sambung belajar tu.Aku tengok pun sedih..Aku yang tak dapat sambung degree macam kawan-kawan aku yang lain pun malu.Tapi aku go on ja dengan life aku sekarang ni.Buat diploma pun ok jugak.Masa aku banyak untuk study.Ok dah la tu.Tak baik cerita banyak-banyak pasal orang ni.Just aku nak share ja cerita ni.Yang buat aku rasa macam......

I
I
I
I
I
I
V



Ok nite :)
Wasalam..

Friday, October 12, 2012

blog under construction

Assalamualaikum

Aku dah start cuti sem.So memang aku sangat-sangat la free untuk mengadap blog aku ni. Terasa nak letak background,tukar banner entah kali ke berapa.Hahaha..ok sekian :)