Saturday, February 23, 2013

Harlem Shake yang macam bangang -_-"

Assalamualaikum

Mula-mula sekali,aku nak mintak maaf kalau tajuk entry aku kasaq bebenor.Tapi itu menunjukkan aku sangat tak suka dengan dance ni.

First aku tau pasal Harlem Shake bila aku bukak Twitter. Dekat trends tu,mata aku nampak perkataan Harlem Shake ni.Mula-mula tu aku ingatkan coconut shake versi baru ka,apa ka... Rupanya dance yang aku tengok dah macam orang kena sawan. -_-"

Gila -_-"

Aku tak boleh tahan tengok video koleksi Harlem Shake versi Malaysia punya. Serius aku malu. Dengan yang bertudung pun menari teruk!


Based apa yang aku tengok video ni,Harlem Shake ni start dengan sorang guy or girl menari sendirian dulu dengan pakai helmet or something yang cover muka. Lepas sampai part lagu yang kat mana tak tau (nanti hampa tengok video,hampa tau la depa sama kat mana), orang yang di sekeliling orang tadi akan start ikot menari jugak. Macam gaya kena pukau la lebih kurang. Ni apa yang aku tengok video Harlem Shake ni la.

Aku nak tanya..apa benda la dance yang merapu ni?Dulu Gangnam Style..La ni benda ni pulak. Hari-hari trends kat twitter. Mai mana muncul tak tau la. Orang kita,benda pelik-pelik sikit,mula la nak ikot-ikot. Terloncat sana,terguling sini.

Ok dah..makin lama makin berapi ayat aku nanti.Sekian :))


p/s: Dunia akhir zaman...

Wednesday, February 20, 2013

Hello Baby MBLAQ is the BEST!!!

Assalamualaikum

Semalam,aku baru habis tengok Hello Baby Seasons 5 (Guest:MBLAQ).Sekarang aku tak tau dah berapa seasons.Ni show macam satu group idol kena jaga baby or budak2.Tapi MBLAQ ni kena jaga 3 orang budak umuq 5 tahun yang datang dari multicultural famili! Perggghh.. Memang comel la.Kacukan ^^,

Lauren- anak kacukan Korea-Canada
Dayoung-anak kacukan Vietnam-Korea

MBLAQ's son, Leo-anak kacukan France-Korea

Comel kan?Tapi memang budak-budak ni sangat sporting.Cerdik jugak.Kadang-kadang ja nakal and tak mau dengar cakap papa-papa MBLAQ ni.

MBLAQ

Smart kan?Haaha..aku suka lagu depa, It's War.




Semua ada 12 episode.Aku tengok dalam masa 2 hari.Sebab memang aku nak tergelak la. Bayangkan kena jaga budak tanpa ada mama!Hahaha

Time ni Leo nangis sebab dah kena berpisah dengan MBLAQ -episode akhir-





Kadang-kadang,mai part yang sedih tu,aku boleh pulak teriak sekali dengan budak-budak ni. Episode last la yang paling touching sebab 3 orang budak ni dah kena balik rumah masing-masing. 3 bulan dengan MBLAQ ni memang la akan jadi rapat kan? :')

Ok yang tu ja..aku just nak gitau yang aku lebih suka layan show macam ni daripada drama korea.Serius!

I MISS HELLO BABY WITH MBLAQ....

p/s:Running Man tok sah dok cakap la,tiap2 minggu layan.Haha

Friday, February 15, 2013

Aku Pengotor??Aku berseni la beb..

Assalamualaikum

Time lawatan ke Loji Pembersihan Air Ulu Kinta,kami ada diberi sekotak air soya dan some kuih yang sedap belake.Eececeh..tu pun aku nak habaq.Poblematik betol aku ni.Ok ok.

Dalam dok tunggu kumpulan satu lagi yang tak habis buat tour kat loji,kami yang dah habis ni pi la melantak.Niat jahat nak perabih semua tapi kesian pulak.Takot nanti tengok pinggan kosong.

Itu sangat kejam.

Aku memang kreatif.Sampai kotak soya pun aku boleh seni lagi.

Tadaaaaaa....kkkkkkkk

Nampak tak kotak soya tu tengah berasap...yeah berasap dengan tisu.Hahaaha

Kawan aku cakap aku pengotor buat macam tu?Sampai hati awak ye.. saya nak tunjuk saya ni ada bakat terpendam.Huhu..

Ok sekian..motif post ni ialah saja gedik gedik ^^,

p/s: Aku tengah bosan time tu dan tak sabar nak balik U.Penat kot -_-"

Wednesday, February 13, 2013

Bila Health Sains chat dengan IT

Assalamualaikum


Semalam,aku boring gila.Tambah pulak,aku bancuh nescafe segelas besaq sebab nak stay up.Tak boleh tidoq sampai ke pagi.Kononnya nak buat report yang dah berminggu tak siap-siap lagi. Baru aku kalut nak buat padahal dah sebulan lawatan yang aku pi hari tu. Hujung bulan kena hantar.

Pengsan -_-"

Dalam dok melayan mata yang tak mau tidoq ni,aku pun online la sat.Sat la sangat.Ni la akibatnya kalau buat kerja kena guna laptop.

90% kat fb,twitter,blog...10% on kerja.Ni fakta.




Aku chat dengan sorang kawan lelaki ni.Budak poli kos IT.Gurrrlpp..memang beza la dengan kos aku.Tak pa..tak pa..no hal.Kami banyak menyembang bab study.Baik tak kami?Poyo poyo..

Dia cerita pasal IT..Aku cerita pasal Sains Kesihatan.Dia ternganga..aku pun ternganga. Mana la aku nak tau pasal hardware-hardware ni.Programming,coding apa bagai..Dulu ya la kot aku buat robot,belajar sikit-sikit bab coding ni even robot jalan tak ikot pa diprogrammingkan.

Gila punya robot.



Dia pun blurr jugak pasal benda pa kesihatan awam,sama ke dengan doktor,tugas kos aku ni apa,siap suruh terang bagai..Senang cerita,aku suruh dia google.Detail and banyak info boleh dapat.

Bukan pa..aku malas dan tak tau nak terang macam mana.Sori bro..

Aku pun heran.Awat la yang dia nak tau sangat ni.Laaa..Upanya mak dia doktor kesihatan awam.Dia saja nak tengok aku terang macam mana.Kurang asam gula garam betul budak ni -_-"

Dia memang beza dengan aku.Malam-malam kalau nak suruh aku bagi idea,memang blurr. Tapi dia,malam-malam la banyak ilham.Ilham datang kat aku time pagi.So??Haaha..tak dak pa..Sebab tu aku suka study time pagi2,bukan malam :))

Sekian..tu ja nak cerita pun.Hilangkan kebosanan sebab aku dah nak termuntah mengadap kerja aku ni.

Ok bye..

Monday, February 11, 2013

Saturday, February 9, 2013

Cover yang lagi best dari lagu asal Justin Bieber

Assalamualaikum

Aku tak layan Justin Bieber ni.Tapi kalau lagu tu best,aku dengaq ja.Aku lebih suka dengaq lagu yang stail cover.Sebab lagi best daripada yang original.Tak semua yang cover tu ok. Kadang-kadang nampak pelik jugak sebab dah jauh berubah dari yang ori punya.

Dulu dan sampai sekarang,aku suka lagu cover dari Kurt Hugo Schneider ni. Kurt ni comel tau.Dah la pandai dalam Matematik ^^,

Bulan lepas,depa buat cover untuk lagu Justin Bieber, "Beauty and a Beat". Lirik pun ok sikit dari yang asal sebab tak macam sangat perkataan yang merepek dan agak censored kat part Nicki Minaj.


Chrissy Costanza ni comel.Dia pun ada buat tutorial make up dan ada band sendiri.Tak ingat.Search sendiri.Ngeh3..

Memang best la lagu cover ni.Aku bukak lagu ori punya,hareeemmm tak best langsung. Tak best sebab aku tak suka Bieber.So ada aku kisah kalau Bielieber nak hate aku? (-_-")

So sekian  ^^,

Tuesday, February 5, 2013

Mayat berjalan di Toraja

Assalamualaikum

Hai hai my sweeties!

Dah lama aku tak baca majalah adik aku.Sejak aku pencen beli majalah e-pop ni,buku-buku ilmiah yang jadi target aku. Ececeh bajet gila. -_-"

Aku tertarik dengan satu artikel pasal misteri mayat yang berjalan kat Toraja,sebuah daerah kat Selatan Sulawesi,Indonesia.Ada satu ritual yang dinamakan Ma'nene.Setiap tahun, penduduk kat sini akan gali kubur nenek moyang mereka untuk diberi pakaian baru dan diarak sekeliling kampung.

Tujuan ritual: Memberi kepercayaan kepada si mati.



Serius menakotkan aku ok!Kalau aku tengok ritual ni depan mata,memang aku cabut lari jauh-jauh.Hahahahaha.

Sebenarnya,benda ni bermula ratusan tahun dahulu. Ada seorang pemburu bernama Pong Rumasek menjumpai mayat ketika berburu dalam hutan kat Gunung Balla. Oleh sebab rasa kasihan dekat mayat tu,dia pun kafankan dengan pakaian dan tanamkannya.

Lepas tanam tu,rezeki Pong bertambah-tambah.So dia buat kesimpulan,jasad orang dah mati patot dimuliakan. Oleh itu, setahun sekali dalam bulan Ogos,penduduk Baruppu di Torajo akan buat ritual ni sama macam Pong dulu.



Sekadar info yang menarik untuk dikongsi. 

Saturday, February 2, 2013

Tuesday, January 29, 2013

Envi Family Day kat Pantai Merdeka :)

Assalamualaikum

Hai my sweeties!

Sabtu lepas (26/1/2013),aku dengan geng kos aku,Environmental Health pi buat Family Day kat Pantai Merdeka.Macam-macam aktiviti kami buat sehari tu.Better aku bercakap guna pics. Sekali lagi,aku credit pics yang cute ni to Famira..Aku tak bawak kamera derr -_-"



Warm up dulu..


Cute!!

My group yang tepi sekali.. Ceq Kasturi!

Game yang tak boleh blah..kena pas roti sampai orang last n yang last kena habiskan  semua roti.Dan orang last  ialah aku -_-"

Juri kami..so sporting!

Jejaka terhangit!Hahahahahaa...

Game baling selipar..aku mengaku aku tak reti main :(

Dengan Sir Din..lecturer kesayangan kami :))

Lunch time lepas penat main..rehat2 dulu

Game seven up.!kena igat sifir 7 pulak..aku dah la lemah math -_-"Kalah awal jugak la game ni.Hehehehe

Unggun api yang super lawa!

Game shake shake!!Sapa pernah tengok running man ep 75,mesti tau game ni.hehehee

Love this picture so much!So smart....!!!!!!!!!!

Kak,kutip pa tu??

Marila sama-sama jaga alam sekitar ni :)

We are big family :)

Dont forget about our friendship :))
Sekiannnnn.... :))

Monday, January 28, 2013

Part 3:Kem BPC di Titi Hayun,Yan

Assalamualaikum..

Lepas lawatan ke Ipoh,esoknya kena pi kem pulak!Benda yang aku memang tak suka pi sejak sekolah rendah.Kem tu 3 hari ja start 18hb sampai 20hb Januari.Kem yang aku pi under kor iaitu Badan Pertolongan Cemas (BPC).Kem kat Titi Hayun,Yan,Kedah.Pernah dengar tak?Hampa google sendiri la.Hahahaa.

Aku credit semua gambar ni from Sariyah a.k.a Yaya :)) Tenks


Kat Sri Perigi

Group Yaya tengah buat praktikal

Masak sardin untuk survival

Pertolongan cemas yang diberikan kalau dalam hutan.sempoii... :))

Kena jalan jauh ikot highway nak ke sri perigi dari kem kami.Memang penat gilaaaaaaa!

Tak tau berapa kilometer lagi... -_-"

Muka excited nak balik *last day*

Komander Jibril tengah performing lagu apatah..heheehe
Sebelom malam last day tu,semua komander dengan jurulatih kami buat prank befday kat sorang girl ni.Memang malam tu gila hot la.Dengan sekali dengan kami kena tempias prank tu.Komander mengamuk la sebab depa tangkap girl ni tengah date dengan sorang budak lelaki kat titi waktu malam.

Yang sengalnya,budak lelaki tu pun pelakon jugak!Pandai gila trick budak girl yang kena prank tu ikot dia pi titi.Hahahaha..ingatkan betul-betul la depa dorang ni kena hantar balik u sebab buat kesalahan berat gila.Kawan-kawan girl tu pun ada yang dah nangis teruk. 

Lampu tiba-tiba blackout..tiba-tiba dengar komander dengan jurulatih kami nyanyi lagu Allah Selamatkan Kamu.Memang time tu,HUAAAARGGHHHHH!!Terkena!Girl yang kena prank tu lagi la cuak.Malu muka dia beb kalau benda tu betul-betul jadi.Tapi,thanks to guy yang pandai gila berlakon jadi mamat muka tak bersalah sebab kantoi dating.HAHAHAHA.

Macam-macam aktiviti kami buat.Yang tak boleh blah time buat usungan mangsa dalam sungai guna pengusung.Bila dengar ja jeritan "Letupan!Letupan!Letupan!",semua kena meniarap tak kira atas tangga ka,atas batu ka..yang dalam air tu paling kesian..Hehehehe..

So sapa cakap kem tak best?Best la kalau kita join dengan ikhlas.Hehehehe..Ok sekian :))
Part 2: Sehari Geng Envi ke Ipoh